PARAM

Aku dah cuba elak ke pasar ramadhan tahun ini. Tapi tewas dengan bujukan Suri. Mengidam air kelapa dan puding karamel katanya. Mengotakan impian orang sepenting itu adalah satu kewajipan. Dalam kepala, aku tidak mahu berpesta-gesel-punggung di pasar ramadhan SS. Jadi aku tekad ke pasar ramadhan berdekatan rumah sahaja.

Dalam kepala aku, hanya itu yang aku mahu beli. Tetapi tewas juga dek melihat seorang makcik Jawa ini menjual nagasari. Aku fikir mungkin sedap dan pisangnya banyak. Jadi, aku beli nagasari tiga biji pada harga ar em satu, puding karamel tiga biji pada harga ar em tiga (mahalnya!) dan air kelapa dua biji pada harga ar em empat. Habis ar em lapan. Cepat-cepat aku balik sebelum nafsu nak membeli terbit lagi dan lagi.

Memang betul telahan aku, semua kuih yang aku beli daripada makcik jawa itu memang sedap!

Tips nak beli makanan? Aku suka melihat cara penjual membungkus makanan. Kalau dia tidak kekok, maknanya dia biasa menjual makanan. Tetapi, kalau nak ambil dan bungkus pun terkial-kial dan mengambil masa, itu maknanya dia bidan terjun menjual hanya pada bulan ramadhan. Jadi, sebelum beli aku akan pusing dahulu gerai-gerai sambil melihat penjual membungkus makanan. Macam tadi aku dapat kesan hanya lima gerai dari kebanyakan gerai yang terror bab membungkus. Wallahualam.

+++++

Tazkirah: Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan
(Ustaz Haji Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

15 thoughts on “PARAM”

  1. nash says:

    tq for the tips…cuma tak boleh apply lagi..huhu…maybe lagi 2 tahun kot…anyway…selamat berpuasa

  2. jowopinter says:

    Mbien aku lungo Param nang Sri Serdang. Udan lebet. Teles kabeh toh.

    Jowo. Patut-lah enak. 😀

  3. Ungku Nor says:

    akak jugak yang belum jejakkan kaki ke tapak PARAM..

    MALAS?
    adoiiii..malasnya nak masak ;p

  4. miezi says:

    aku prefer ke PRARAM di SS tu. di kawasan berhampiran umah, xde yg sedap.huhu..nway, selamat berbuka

  5. waris pengiran says:

    tgh terliur dgn ayam percik…kat daerah sy bkerja ni tak jumper pun..huhuhu

  6. aliff says:

    Salam ramadhan bang dy.

    Adik tak kemana-mana pun, bertapa dalam pejabat dan tak mahu update blog buat sementara waktu…layan rasa kecewa dengan bermuhasabah diri (itu beruang panda chubby sudah reject sama adik la).

    Nasib badan bang dy! Selamat berpuasa dan take cara.

    Nanti-nanti adik update blog…..

  7. Rudy says:

    aliff>>> terima qada dan qadar Allah ini. Sabar banyak2 ada hikmahnya Allah nak beri slps ini. Mana tahu anak menteri pula nanti?

  8. qarya says:

    kesilapan besar tu kalau bermalas-malasan. jadi produktif la siang dan malam. hehehe…

  9. hata says:

    sangat lama tidak ke param bertahun-tahun rasanya.

  10. Rudy says:

    john>>> no prob bro.

    qarya>>> subtext la pulak….ekekeke

    hata>>> takyah pilah, nanti ada org nak gesel2 punggung. ekkekeke

    nash>> alamak lama lagilah.

    jowopinter>>> wong jowo ngawe kueh enek lho. nek tuku koe ngomong jowo, entok kuih siji. rejeki!

    kakungku>>> malas masak? hahaha soh anjib masak pulak.

    mizie>>> sesak lah kat SS tuh. Tak sker.

    waris>>>> ayam percik mahalll wooo

  11. djian08 says:

    ooo..itu petuanye..thanks, smlm kali pertama pegi bazar ramadhan..juz cr kueh popia yg sedap mcm abah beli aritu..tp x jumpe:(

  12. Rudy says:

    dijan08>>> tengok org cara buat popia basah tu. kalau dia pro menggulung insyaAllah sedap…

  13. tini says:

    ermmmm…param kadang2 je pegi..tiap2 ari g shot duit..heheehehehehe….

  14. snm says:

    heh! PARAM SS sgt la sesak. mmg spt pesta yg encik rudy ckp. sampai saya cakap dgn parents, no more beli apa2 di param ok 🙂 seriyes saya mmg x nak mcm thn2 sudah. asek la tertipu. smpi skrg saya masih x tau rasa kuih badak berendam. fobia. first time beli rs masam. kwn2 ckp rasa kuih tu manis. huu~~

Comments are closed.