SEKSI & SEKSA

4 Ramadhan.

Puasa menuntut kita menahan nafsu, bukan?

Semalam didatangi ramai kontraktor. Sejak bajet kerajaan dipotong 10% ini, banyak syarikat terjejas kerana semua jabatan berbelanja dengan agak ketat dan berhemah. Jadi, ramailah kontraktor datang ke pejabat untuk mengecek kerja. Aku tiada masalah kerana sesiapa sahaja yang datang, layanan mesti yang terbaik. Tak mahulah dicap sebagai pekerja awam yang kerja tak semenggah. Lagipun kita bekerja bukan kerana hanya gaji, tetapi sebahagian dari ibadah kita menuju Allah SWT.

Pelbagai ragam dan penampilan kontraktor ini. Dan adalah seorang kontraktor wanita ini. Aku tak tahu apa niatnya. Tetapi, memang buat diri aku tak keruan. Nak pandang salah, tak pandang takut dikatanya endah tak endah pula. Aduh. Aku terpaksa melarikan mata ke siling pejabat. Sekejap mata ke dinding pejabat. Sekejap pula ke atas meja. Bedak dan gincunya tebal. Garang pula warnanya. Wangi semerbak pula. Baju yang dipakainya jarang dan menampakkan lurah. Skirt paras lutut, ada belah lagi di depan! Aduh, habis puasa aku.

Puas cari alasan supaya dia cepat keluar dari pejabat. Tetapi, macam bertih pula mulutnya berkata-kata. Seperti tiada penghujungnya. Tetapi, Alhamdulillah, tiba-tiba ada telefon dari pejabat ketua jabatan yang mahukan aku segera ke pejabatnya. Terima Kasih Tuhan kerana menyelamatkan aku! Hu hu hu hu hu.

+++++

Tazkirah: Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan
(Ustaz Haji Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

16 thoughts on “SEKSI & SEKSA”

  1. warispengiran says:

    Itupun salah satu dugaan di bulan puasa…eheh!

    *pasti warna gincunya merah menyala kan?ekekeke…

  2. asuhara says:

    jangan lupa ‘top-up’ balik pahala yg ‘terhilang’ dek hadirnya wanita tu!eheh!

    sobar yo kang!

  3. kopisuam says:

    heheh hehh hehh boleh dibayangkan saat2 itu..

    bukan saja mata yang tak keruan hati juga pasti tak keruan..

    kesilapan besar sebahagian dari kita bukan setakat dalam bulan puasa. Solat itu adalah perkara wajib tanpa solat setiap pekerjaan dan amalan yang kita laksanakan memang tiada maknanya..apatah lagi puasa tanpa bersolat dan solat terawih tapi tanpa solat Isyak…memang tiada maknanya..

  4. Ungku Nor says:

    apa kata letak signbod kat pintu opis.
    SESIAPA YANG BERPAKAIAN SEKSI DAN SEKSA ADALAH DILARANG MASUK.HARAP MAKLUM.

    hehehe.
    sian kat awak..

  5. lone ranger says:

    ah sungguh ..dugaan…kalau peristiwa tu berlaku pada aku habis posa jadi kering …dab entah tercampak kemana serbanku kekeke

  6. Rudy says:

    waris>>> merah sgt makngah.

    asuhara>>> itu dikira “ter” kan..ataupun paksaan kan?

    kopisuam>> setuju

    kakungku>>> hahahaha drastik gitu.

    lone ranger>>> serban toncit

  7. Tim says:

    kekeke… amoi pakai baju putih tu ke? hehehe…

  8. Ibnu Alwi says:

    Huhu,sabar senpai,itu baru dugaan di Malaysia. Cuba senpai imbas kembali kenangan di Jepun. Lagi-lagi sekarang ini Ramadhan makin ke arah musim panas, lagi hebat la ujian bila berjalan di dalam bandar..aduhai..

  9. amerzaman says:

    salam,
    saya tadng pun begitu..buat lawatan ke syarikat penerbitan terkenal malaysia…
    ada seorang pegawai di situ..aduuuhh…
    pakai kemeja dan tak butang 2 yang atas…

  10. SHIMI says:

    Itu pun boleh dipanggil sexual haressment kot pada orang lelaki

  11. Rudy says:

    mizi>>> jgn bayangkan kang susah hang. hahaha

    amerzaman>>> laki ke perempuan? laki kalu takper hahahah.. pompuan bahaya.

    shimi>>>> ya betul. betul.

    Tim>>> sah minah tuh.

    Ibnu Alwi>>>> betul gaks. bygkan dulu masa kat sana puasa musim sejuk…tp ada juga yang seksi seksa..inikan pula musim panas…fuh!

  12. bany says:

    wei,sejak aku kenal korang baru le aku berjinak2 dalam dunia blog…ape pun LETS ROCK IN DUDE

  13. hazri says:

    mungkin pompuan tu termasuk dlm salah satu kategori ni :
    1. Jahil – Taktak wanita wajib tutup aurat.
    2. Bakhil – Kedekut nak beli baju yg kainnya tebal dan besar. Beli baju yg muat2 aje.
    3. Degil – Dah tau wanita wajib tutup aurat tp masih tak mau tutup…

  14. Rudy says:

    bany>>> come along Tuanku!

    hazri>>> hahahaha. bersangka baik..no1. 🙂

  15. sepol says:

    aku hari2 bro, yang mebujur melintang membengkul adoiiiyyaaaiii

Comments are closed.