Hening suasana 6 Ramadhan pagi ini. Berkat hujan sejak malam tadi, mendung membalut Puncak Utama. Dingin. Serasa berpuasa di Fukushima. Lepas Subuh terlelap kembali. Penat semalam menjadi hos berbuka puasa ahli Yayasan Salak masih berbaki. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan angka sepuluh. Turun ke bawah selepas usai mandi dan Duha. Layan sicilik yang leka menonton Astro Ceria.
Air mata! Usai membaca bingkisan terbaru daripada Fajar. Tak terkata. Hambalah kita, tanpa punya kudrat apa-apa. Moga-moga tidak jemu kita berdoa dan terus munajat kepadaNya. Meminta. Merayu. Seadanya.
“Seakan mahu bertemu kau, dan meminjam bahu kau untuk menangis”, Es-em-esnya lewat berminggu-minggu yang lalu.
Kalaulah Glasgow itu secuit cuma!
Amir Yusuf mou sukoshi dake. Gambatte!
Salam rindu untuk Fajar.
ntah bila umo dapat bersua kembali..huhuhu
Semoga Fajar jiwa kental.
kem salam kat sicilik anda yg petah itu.hehe
selamat berposer bro…
Adik harap abang Fajar dan keluarga sentiasa bertabah hati dan bersabar.