
Karya terbaru Faisal Tehrani yang memasuki pasaran Rabu lepas. Selepas tamat menghadam ilmu dari buku ini –
1. Tidur malam itu saya bermimpi bertemu Wira yang mahu saya menuntut bela. Tetapi terdahulu Sultan Mahmud Syah mangkat dijulang dibunuh Megat Seri Rama. Kejam. Sudahlah mencicip madu Wira, kemudian dihunus keris bahari dari celahan selangka tembus ke jantung pula! Habis madu sepah dibuang tidak mengapa, tetapi kalau dibunuh, sangat zalim.
2. Juga, tidur malam itu terganggu dengan tangis Siti Jenab yang mahu simpati. Kasihan isteri Megat Seri Rama ini. Sudahlah mengandung, mengidam nangka. Nangka pula milik Sultan Mahmud Syah yang kejam itu. Habis dirodok perut Siti Jenab dek kerana SM mahu melihat bukti anak dalam kandungan yang mahu mencicip nangka itu. Zalim. Sangat zalim!
Ya Akhi FT, terima kasih atas ole-ole Saasatul Ibaad sejurus tamat 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Terkenang-kenang kebaikan FT sepanjang sebulan menghadam watak Raja Merlang dalam 2JSSASDR itu. Seorang yang sangat memahami dan menggunakan pendekatan psikologi untuk mendekati rencam pelakon.
++++
Tazkirah: Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan
(Ustaz Haji Zaharuddin Hj Abd Rahman)Â
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138).
ohh, buku baru dia lagik?. yang sedia ada pun tak terbeli lagik lah bang..
anyway
selamat berpuasa.
Rudy-san..bole tlg tak? ari tue nak beli buku lama dia tajuk :Tuhan Manusia..tp tak sempat, dah abis..mcm ner nak dptkan ek?
ayobkelubi>>> huhuhu. slmt berpuasa juga.
waris>>> try dah beli online di ujanailmu.com.my?
buku baru lagi ehh…
yg tinggal separuh pun tak habis2 lagi tu…
slamat berpuasa!
lom lagi…thanx Rudy-san bg info..
jelas sekali tazkirah tersebut sesuai sekali utk encek meero.ahaks!!