KUNCI MULUT

 

Ehsan sudah setahun
mengunci mulut
dari menyapa abah.

Cita-cita abah melangit
tak terlengit meski
pernah terkurung lama
dalam palang-palang besi.

Ehsan mengerti itu.
untuk menidak dia masih budak
derhaka anak tak tercium syurga
biarlah abah dengan cita-citanya.

Ehsan mengunci mulut
diam tak bersahut.

Rudy Bluehikari
Universiti Malaya
13.08.08

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

10 thoughts on “KUNCI MULUT”

  1. SHIMI says:

    Air dicincang takkan putus. Ego Ehsan tidak perlu dibiarkan. Beralah Ehsan lebih baik dari hati ayah yang terus terluka.

  2. halida says:

    seburuk manapun, ibu dan ayah tetap ibu dan ayah…tak boleh jual beli.

  3. kaktiny says:

    masih tekun berlatih teater kat UM yer.. (kurang 2 minggu jer lagi kan..)

    (psst… kaktiny dh tempah tiket.. berlatih betul2 yer.. biar dpt ‘feel’ utk disampaikan kpd audience..

  4. waris pengiran says:

    terkilan sebab tak kan berkesempatan nak nengok..apakan daya berada nun di seberang laut china selatan..(ada siaran scr online tak?hehehe…)

    (dah lama tak jengok sini.skrg tgh bercuti 2 mgu kat kg..yay!!)

  5. aliff says:

    salam,
    bg dy…tekunnya berlatih sempat juga menulis… baguslah.

    ehsan siapa?

    jangan lupa, tempahkan aliff satu tiket please…

Comments are closed.