
“Kau jangan main-main Dy, Faisal Tehrani tu Syiah! Bahaya.”Â
Hampir 2 minggu ini akrab dengan Feisal Tehrani. Saban hari bertemu di alma mater;Universiti Malaya. Sudah tentu kerana pementasan yang datangnya daripada naskhah tulisannya. Bila berada dekat dengan “khutub-khanah-bergerak” seperti dirinya, sekejap sahaja aku hadam ilmu. Ilmu yang tercerna daripada orang yang banyak membaca ini. Macam-macam isu dan cerita seputar siasah masa kini aku dapat.
Ketika santai rahat ada sahaja aku tanya. Malah dalam satu perbualan singkat malam kelmarin, terus aku dapat idea menulis sebuah puisi sinis di bawah.
Pertembungan dua orang musuh; Feisal Tehrani dan Dr. Abu Hassan Hasbullah dalam satu pementasan teater memang ditunggu-tunggu khalayak. Masihkah kau ingat dua musuh ini bertemu buku dengan ruas dalam dua pementasan semasa zaman mereka bergelar mahasiswa di Universiti Malaya dahulu? Panasnya hingga menginjak usia sedekad. Tetapi mengapa mereka boleh bekerja dalam satu pasukan sekarang? Dunia sudah mahu terbalikkah?
“Err…. khutub khanah tu apa Dy?”
betul ke syiah? 🙂
tasik>> xbetul tu..
syiah?…uiks..dia keturuann saidina ali ker?
Wikipedia bergerak tuh!
Dy,
Itu nama dia semangat kesukanan.
Sporting kata orang puteh. hehehe
Aku pun mahu jadi macam dia
suka baca novel FT…
kalau org yang ‘bertelagah’ ilmu, mmg sentiasa boleh ber’satu’.. jgn bertelagah.. politik.. mmg tak leh SEBULU..
bangga melihat cendikiawan2 melayu yang maju mentaliti dan rohani..