PATRIOTISME & HADAM HAFALAN

TUN SENAJA
Tuanku, tidakkah tuanku berasa bila tuanku membeza-beza Raja Hitam dan Raja Mahmud. Atau Raja Zainal dan Raja Munawar. Raja Mahmud juga anakanda tuanku. Keempat-empatnya anakanda kita jua. Apa beza dengan Raja Mahmud. Cuma ia mamak seperti kita.

Kita ini adinda perempuan Temenggung Seri Maharaja, andai tuanku terlupa, Dato Temenggung yang tuanku aibkan di hadapan pembesar segala. 

SULTAN ALAUDDIN
Beta mahu Raja Mahmud melebat ke arah Melayu bukan terbawa-bawa oleh dinda, dan ayahanda saudaranya yang berdarah mamak.

TUN SENAJA
Salah apa menjadi mamak? Kita orang Tamil. Tiada kita malu berdarah Tamil.
 

“kau tengok aku, semangat patriotik aku tinggi. Kau tengoklah bendera Malaysia berderet-deret kat kereta aku! Kau? Apa semangat yang kau tunjukkan? Kosong jer kereta kau.”, Seorang sahabat. Berkobar-kobar. 

Klise betullah sahabat aku seorang ini. Aku jawab, aku tak perlukan semua bendera itu. Tetapi, aku tunjukkan semangat aku melalui pementasan teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Kisah sejarah yang perlu direnungi anak bangsa. Kisah yang berulang lagi ketika ini.

Dia diam. Dan akupun diam selepas itu. Entah memuaskan hatinya atau tidak. Aku tidak pasti.

+++

Bukan mudah rupanya menghafal skrip. Belum masuk lagi dengan pergerakan. Mencari “rasa” dalam keadaan kepala tepu memang menyukarkan. Kadang-kadang macam orang gila pula. Bercakap sorang-sorang. Ketika memandu, di tandas, dimana sahaja yang sempat mulut ini akan mula beraksi sebagai watak yang dipertanggungjawabkan.

Pagi-pagi dalam bilik mandi sudah melolong memanggil nama MAYA LONGORIA. Suara dalam! Suara perut! Terngiang mulut bertih sang sutradara. Ya, pentas ini aku yang punya!

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

7 thoughts on “PATRIOTISME & HADAM HAFALAN”

  1. aeron says:

    teruskan usaha sehingga ke hari yang terakhir

  2. iwan says:

    aku tak pernah tahu, bahawa memasang bendera di kenderaan adalah satu2nya cara utk kita tunjuk rasa patriotik pd negara…

  3. kaktiny says:

    semangat wajanyer berlatih.. ‘terpelanting’ kasut kiri kanan weh..

    patriotisme dgn pasang bendera luar kete?.. tapi dlm kete pasang lagu metal.. wakakakka… mentaliti mentaliti..

    maaf cakap.. kaktiny tak penah pasang bendera kat kete.. (cuma cikabang ‘gatai’ pi pasang sticker MU kat belakang kete kaktiny.. hampes tul..).. walaupun tak pasang bendera.. tapi semua SEJARAH MALAYA to MALAYSIA kaktiny tahu dan fahami dan hayati.. dan kaktiny tahu UNDI kaktiny amat berharga..

    setakat pasang bendera kat kete.. tapi tanya apa peristiwa penting tahun 1511 pun angkat bahu.. TAK DAK MAKNANYA..

    nak pi tengok teater!!.. (eh.. minta muringwien checkkan e-mail dan response yer..)

    TQ…

  4. ayobkelubi says:

    wahhh!…ada rejeki aku smpi bang…

  5. halida says:

    pasang bendera tak semestinya lambang patriotisme kalau sejarah negara sendiripun tak tau.

    terpekik terlolong nyanyi lagu-lagu patriotisme tapi tak tau erti merdeka yang sebenarpun tak guna.

    pokok pangkal niat kita. kalau pasang bendera niat nak melawa & megah tak tentu pasal….ghentikan le….

    tima kasih kursus btn….banyak sedarkan aku…

  6. SHIMI says:

    Merdeka bukan pada bendera, tapi semangat yang mengalir dalam jiwa. Kau juga akan merdeka selepas pementasan itu

Comments are closed.