AKU DAN MERDEKA

“Aiman, kalaulah pokok cempedak abah tu berdaun emas, bukan setakat kereta kayu, kereta kebalpun abah belikan” 

Sudah menonton iklan petronas sempena sambutan kemerdekaan Malaysia 2008? Ada lucu dan ada air mata. Sungguh! Aku menangis menontonnya. [BACA: Terutamanya ketika Abah menghulurkan buku akaun dengan jumlah tertera RM41k kepada Aiman].

Aku dan merdeka tahun ini agak bermakna. Watak jelmaan Raja Merlang, ipar Sultan Alauddin Riayat Syah; Sultan Melaka ke7 itu aku lakoni. Watak yang menuntut keinsafan warga merdeka seperti aku seluruhnya. Bacalah sejarah. Sejarah akan berulang. Sesungguhnya sejarah menjadi iktibar bagi mencorak masa depan negara.

Petang ini pementasan penuh dengan kostum dan make up, sebelum prebiu di hadapan wartawan dan media perdana malam ini. Moga-moga mesej yang kami usahakan ini sampai kepada khalayak. Semoga kemerdekaan kita, diperhalusi khalayak. Bukan kerana terhenyak dengan kuasa dan kemewahan banyak.

Jom sama-sama ke pementasan 2 jam sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Tiket untuk pelajar RM10.00 sahaja.

Pementasan ‘Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun‘, di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 25-29 Ogos 2008, 8.15 malam. Tiket boleh ditempah mulai sekarang melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH 0179747331, HAMZAH 0172052409 atau SAIFUL DIWAN 0175531002. 

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

8 thoughts on “AKU DAN MERDEKA”

  1. mudin001 says:

    Memang sudah ada dalam perancangan untuk menjengah ke UM untuk menonton teater ini minggu depan. Akan aku tilik-tilik wajah Raja Merlang itu. Heh!

  2. sm says:

    aku pi 27hb. malam ni ko tak dtg awani ke ? dtg ler. hahaha

  3. warispengiran says:

    semoga berjaya untuk pementasan nanti….

    (p/s : boleh tak rakam dalm bentuk vcd utk kami yang jauh tak berpeluang nak nengok nie..?)

Comments are closed.