Â
++++
Gagal lagi.
Pagi hari. Terlambat bangun. Sebelum jam lapan mesti sudah tercongok di depan pejabat. Ketika itulah sicilik merengek-rengek mahu itu dan ini. Aku pakai stoking dia pun mahu stokingnya juga. Pagi hari, tergesa-gesa mengejar waktu. Maka stoking sicilik yang aku cari itu aku tidak ketemu.
Aku cakap esok kita pergi dengan pakai stoking. Mulalah dia menangis nyaring. Ah sudah! Kasi hilang mood sahaja pagi-pagi ini. Sudahnya aku dapat satu akal. Hanya suri sahaja yang boleh memujuk sicilik ini. Aku dial nombor suri. Minta dia pujuk sicilik. Aku sua gagang telefon kepada sicilik. Mulalah dia pot pet pot pet dengan mamanya. Sementara itu aku berkemas mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta.
Gagang diletakkan. Terus sicilik senyum-senyum.
“Jom papa, pergi rumah Mak Ros (baby sitter)”, Riang. Hilang segala tangisan.
Magis sekali. Akupun senang hati. Sampai di pejabat dengan hati berbunga-bunga.
“He he he, terror tak dinda pujuk dia tak pakai stoking?”, Es-em-es suri.
“Dinda cakap apa dengan dia?”, Balas es-em-es aku.
“Dinda cakap stoking dia tikus gigit dan kotor. Ada dalam mesin basuh tak basuh lagi”, Balas Suri lagi.
Fuh! Tabik aku kepada suri. Akukah lelaki yang tidak pandai mengambil hati anak lelaki. Atau masih cetek ilmu mengambil hati.
“1-0”, Suri menang hari ini. Nantilah aku tebus kembali.
itulah ibu, perkataan biasa pada orang adalah magis bagi anak2nya!
cuba kamu ingat2 kata2 ibumu dulu, mana tau boleh lawan suri!
btol bro suri mmg hebat, aku skrg berkedudukan 5-10
tere btol die menewaskan diri aku mcm mein badminton…
Magik seorang ibu. He he he!
Ibu memberi jiwa, ayah memberi jalan.
ehehe..tersengeh puan ume membaca alasan yg diberikan suri kpd hero kecik dia..
Game point berapa?
.
Hahaha.. Kawaii..
Lawak betul. Nak uruskan budak kecil kena pandai main psyco sikit.
Dulu masa kecil, aku menjerit-jerit nak pakai kasut abang. (masa abang tak ada) Tapi,abahku kata dalam kasut tu ada katak. Hahaha..
Suri pandai pujuk si cilik… pasti sbb dah biasa pujuk rudy. Rudy selalu pujuk suri? 😉
perempuan memang terror bab pujuk memujuk …
iyo..iyo..
chomel btol!
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
nak tebus kembali?.. hihihi.. takyah impi/mimpi ler.. selagi suri bernama ibu, selagi itu rudy sebagai ayah takkan dpt memenangi pertandingan memenangi hati / menangani karenah anak…
percayalah.. kerana ianya benar… hihihih