
Jam 1 pagi. Latihan teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun berhenti rehat. Abang Zack Tun Senaja, Emad Rosmah, Robany Sultan Alauddin dan aku bergegas ke beranda luar Auditorium Sastera FSSS UM. Masing-masing melarikan diri dari cengkaman sejuk pendingin hawa Auditorium yang sangat sejuk.
Abang Zack Tun Senaja, Emad Rosmah dan Robany Sultan Alauddin melepas lelah dengan rokok masing-masing. Aku menjauh sedikit. Tiba-tiba dari arah belakang Auditorium nun di puncak bukit yang menempatkan rumah TNC lama UM terdengar suara hilai ketawa.
Mula-mula kami tidak mengendahkannya. Tetapi, lama kelamaan suara itu semakin kuat. Mengilai ditengah-tengah kegelapan dinihari. Ingatkan ia suara budak-budak bergurau senda. Tetapi, lama kelamaan kami perasan ia datangnya dari satu suara sahaja. Kalau ia suara bergurau senda daripada dua tiga orang manusia, pasti banyak lagi variasi suaranya.
Aku sebenarnya mahu menyahut. Sudah mula mengikut perlahan-lahan cara ketawa suara itu. Tetapi, segera ditegah Abang Zack Tun Senaja. Katanya itu bukan suara manusia. Masing-masing sudah diam selepas tegahan Abang Zack Tun Senaja. Aku lihat ketiga-tiga mereka bagai bermarathon menghabiskan rokok masing-masing.
Aku cepat-cepat masuk semula ke Auditorium. Inilah pengalaman pertama aku dihambat suara mengilai-ngilai sedemikian rupa. Sejak itu, masing-masing minta diteman jika ke tandas. Ha! Ha! Ha!
* Tiket-tiket untuk pementasan ini bolehlah ditempah awal dengan menghubungi email muringwien@uni.cc dan hamzah_oc@yahoo.com
betul ker?
seram…. arghhhhhhhhh
Ohh.. aku sudah biasa dengar suara begitu. Rupanya saja tak muncul-muncul. Kalau terpacul depan mata, tergamam barangkali.
Jawapan ilai itu dengan azan subuh. Pengalaman Abah.
Kena panggil Uncle Seekers siasat tuh
erk…seramnye, huhuhu…
betul tuh, jawab dengan azan.
Aiseh. Salah waktu baca entri ni. Kena cepat2 masuk tidur ni. Hu hu.
bang rudy, saya nak tempah tiket satu, brape harganya ya…
pernah dengar gak dulu time skool rendah..time tu tgh makan malam.. masing2 kusyuk abiskan nasi then berdesup masuk tido.. hehehe…
seb beik aku bace pagi senin, dh le mlm td tgk supernatural… kejang gak nk pejam mata adelah dkt sejam ngiahahaahahahha
Uitss..
ada hantu ke kat sana.
hehe sekarang ada banyak hantu yang tak bertuan..tak berumah..itula pasal dia ilai je…nak minta simpati le tu..ada berani tegurla….hehe seramnya
Hantu dah merayau ke kota sekarang…
uiishhh…
Sedang bayangkan hilaian itu hehehe…
Uncle Seeker mesti suka kalau dapat cerita ni 😛
rudy bawa watak apa? dah lama tak pegi nonton teater. kali ni nak pergilah rasanya…
hantu pun nak berlatih teater jugak haha
confirm jadi yek teater tu.. kaktiny nak pi tgk ngan kaklong.. hihihi