“Dy, kau nak dengar cerita best tak”, Kak Shila isteri Spyz. Sambil mata menonton persembahan Maskara 10.
“Apa kak? Best sangat ke cerita tu?”, Aku. Sambil jeling-jeling Cik-Madu-Yang-Tak-Pernah-Bermadu yang awal-awal lagi sudah memasang telinga.
“Alah, hari tu. Kan Spyz bawa kamera akak ambil gambar Maskara 9. Lepas tu, akak taklah delete lagi gambar-gambar tu. Then, adalah cikgu junior yang ngajar sama kat sekolah ngan akak ni. Dia tiba-tiba menjerit bila tengok gambar kau dalam kamera akak tu”, Kak Shila. Beria-ia.
“Hah! Dia jerit apa pulak?”, Aku. Teruja.
“Dia jerit, ini ABANG-IPAR-TAK-JADI saya!”, Kak Shila lagi.
Perasaan keterujaan aku tiba-tiba menguncup. Aduhai. Kisah lama. Benarlah jodoh dan pertemuan itu milik Tuhan. Memang hubungan aku dengan Mak-Pak-Mertua-Tak-Jadi dan Adik-adik-Ipar-Tak-Jadi memang rapat semasa aku ada hubungan istimewa dengan kakak mereka. Walaupun panggilan Mak dan Abah sudah jadi panggilan Mak-Pak-Mertua-Tak-Jadi , tetapi tak ada jodoh, terimalah dengan hati yang terbuka. Hubungan kami hanya setakat itu selepas kakak mereka memutuskan hubungan kami.Paling aku terkujat apabila dengar cerita, Mak-Pak-Mertua-Tak-Jadi terkejut ketika kakak mereka didatangi rombongan meminang, bukan aku yang masuk meminang. Tetapi, orang lain. Mati-mati aku ingat Mak dan Abah mereka tahu hal kami. Sebab aku dimaklumi kakak meraka, tak perlu bagitahu Mak-Pak-Mertua-Tak-Jadi kerana dia akan bagitahu.
Dalam satu panggilan telefon kepada Mak-Mertua-Tak-Jadi mereka sejurus pertunangan dia. Aku ceritakan perkara sebenar. Akulah manusia yang tidak malu meminta maaf walaupun perpisahan itu bukan daripada pihak aku. Aku mohon Mak-Pak-Mertua-Tak-Jadi restu hubungan baru kakak meraka. Kata-kata Mak-Mertua-Tak-Jadi sejurus sebelum aku menamatkan panggilan telefon;
“Dy, kau tetap menantu mak sampai bila-bila” Mak-Mertua-Tak-Jadi dalam sedu sedannya.
Aku bungkam. Dan ia berbekas di dalam hati sehingga hari ini.
Fuu Yoh hebatnya. Dunia ni kecik kan
semua org ada sejarah masing-masing. itu yang jadi kenangan sepanjang kehidupan, kan?
huh! berbekas benar pada bg dy yer.
aliff pun begitu, biler jumpa mak mertua tak jadi!
adeh entri ni mcm wa pon pnh rase jek ngiahahahahha
hehehe aku pon ..macam pernah ku dengar je adegan ini tapi dimana ye…ah..bisa bisa
mmg dunia ini kecil ah bang.kecil sangat.
Anugerahkan Suri payung emas. Hahaha
🙂
kisahkukah ini?:)
Bro, kalo mak mentua jadi-xjadi??
5cac6a8i13bxphau