KERETA RASMI

Alif. Dalam isu ini yang paling terpukul ialah pembuat kenderaan negara. Belanja penyelenggaraan kereta buatan negara itu didakwa terlalu tinggi. Harga mahal tetapi tidak setimpal dengan penggunaannya. Berkualitikah kereta buatan negara? Tetapi dakwaan tersebut ada benarnya. Ironi sekali, aku pernah ditugaskan menjaga 4 buah kenderaan jabatan yang menjadi kenderaan rasmi ahli pengurusan jabatan. Memang belanja penyelenggaraannya amat mahal bagi jenis kereta yang sama dipakai oleh satu kerajaan itu. Sampai aku terpaksa turun padang meneliti harga peralatan ganti dan upah pasang di bengkel dilantik untuk memastikan aku tidak tersilap membaca angka-angka ringgit yang memang gila itu!

Ba. Maka, sebagai menyelamatkan wang rakyat dari dibazirkan untuk menyelenggara kereta rasmi kerajaan satu kerajaan, tindakan membeli kereta buatan luar negara dibuat. Tetapi persoalannya, mengapakah kereta yang mewah itu pula yang mahu dibeli? Tidak bolehkah sekadar yang berharga sama dengan kereta rasmi yang didakwa mahal penyelenggaraannya? Malukah kalau seorang exco kerajaan yang diamanahkan Allah untuk menjadi khalifah memakai kenderaan rasmi sekadar Toyota Vios atau Altis/ Honda Civic atau Accord sahaja? Harga berpatutan dan berkualiti pula.

Ta. Bising lagi pembayar cukai yang satu ini. Mana tak bising. Rakyat diminta berjimat tetapi tidak tercermin langsung kepada yang menyuruh.

Tha. Sesungguhnya tugas pemimpin itu sangat berat. Amanah itu terpikul sampai ke neraca akhirat.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

20 thoughts on “KERETA RASMI”

  1. nash says:

    dah mentaliti kalau org besar kena pakai kereta besar…kalau tak berubah tang tu…sampai bila pun takkan berubah…dan mintak rakyat ubah gaya hidup…??? mentality kereta jepun 2nd class..dan semua yg continental 1st class tu yg TAK BETUL…masa sekarang ni la kena fikir pasal fuel consumption etc…

  2. warispengiran says:

    rakyat suruh jimat, ubah gaya hidup, tp pemimpin plak kalau tak mewah, tak boleh nak hidup….inilah akibatnya kalau tak ingat konsep hari pembalasan!!!

  3. sepol says:

    aku tgh peritttt sgt dgn keneikan oil price!… hmpr 700 sebulan aku perabih skang ni… KLANG-KL, tp bila baca pak menteri huha nk tukar kreta, mentenens keta mesia yg tggilah, aku lggggg tmbh perit!!!!!… aku baca paper kata bedol napolen nk proton buat letrik car, aku lg rase ngiluuuuu, psl yg lps x usai lg permslhnnya (gearbkox perdana yg prob n tggi mentenensnya), dgn body keta ibarat tin milo, tu dh nk bwat kreta letrik hui mang, pekak ka butaka or bangang xsuda2?

    sori bro pjg sket mumbling gwa pagini… psl aku peritttttt…

  4. tokrimau says:

    Abis tu, hari Khamis suruh gua pakai batik Nak bantu batik tempatan konon.

    Kalau kereta tempatan, duit mengalir local je. Mekanik local juga kaya. Tidak kisah la.

    Ini tidak! Diorang pulak bantu industri German. Apa jadah?

  5. kaktiny says:

    UBAH GAYA HIDUP!!!
    UBAH CARA BELANJA!!!
    UBAH ITU DAN INI…

    (tunggulah tengok pilihanraya sekali lagi.. BERUBAH ker tidak..)

    suruh tok rimau jer lah jadi PM.. rudy jadi TPM.. habis cerita.. (andai semudah itu.. semudah membaca Aliff, Ba, Ta)

  6. Pjoyz says:

    Itu la… pakat honda accord takpun toyota camry pun dah cukup mewah… kenapa la mesti nak mercedes jugak

  7. halida says:

    Tugas yang diberi adalah amanah Allah. Org dulu cuba tolak selagi boleh dek takutkan tak terbawak amanah. Kalau terimapun sering berdoa agar tuhan berikan jalan dan tetapkan iman dalam menjalankan tugas. Tapi hari ini pengaruh, kuasa dan wang yang jadi keutamaan apabila berkuasa. Terlalu sedikit yang berfikir tentang amanah yang diberikan.Samalah kita berdoa agar pemimpin kita dibukakan pintu hatinya agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

  8. zoo says:

    haha…
    tak stended ler jd YB pakai jenama tempatan..
    tp nape yg berharga 245K..

    mpv jenama japan tha.ya.tha pun baru 145-165K setanding ngan rege perdana apa?

    huh nak buat camna pilihan diraja? huh!

  9. lone ranger says:

    bagi mereka segalanya mudah…tidak seperti kita terpaksa berimpian dan berusaha…sehingga tidak mengambil kira dari mana hak yang diambil..berjawablah mereka nanti …..moga aku diberikan nikmat kesyukuran…mengambil hanya yang haq memberi apa yang perlu

  10. thafiexq says:

    YB nk pakai kete besar, mewah, selesa dan di kenali.. kalo setakat perdana dah ramai org pakai. nak habaq la yang depa nie ngah pening2 setle masalah rakyat dalam kete . tah la rudy, aku ni kalo pkr bende bende ni aku naik hangin.. marah marah.. sabo sabo..

  11. Jowopinter says:

    Betullah. Tak dinafikan kualiti kereta kita memang tak OK. Tapi itu bukan alasan untuk bermewah2 dengan Merc. Mungkin rakyat tak bising sangat agaknya kalau setakat tukar ke Camry atau Accord.

    Itu Terengganu. Apa agaknya ek kalau kerajaan Selangor, Penang, Kedah atau Perak? Ha ha!

  12. aliff says:

    hangin satu badan seh dibueknyo!

    apo pakai keto vios , civic tak pun city takdo kelas ko?
    mentaliti montori yang tak berkelas menengah!

    ish!hangin seh!

  13. po says:

    tourist guide?

    anytime..kasi tau awal-awal…biar aku kosongkan jalan.

  14. buruuj says:

    nik aziz jugak yg bersederhana…

    kepemimpinan melambangkan keperibadian..

  15. Rudy says:

    po>>> hahahaha.

    buruuj>>> mana2 pemimpin yg sederhana itulah yg kita nak.

Comments are closed.