BINGKISAN SMS: SCOTLAND – SERDANG – PUTRAJAYA – BANTING


* siri lukisan hidup – bluehikari

Isnin semalam. Hari lahir kakak. Tetapi, ucap selamat yang aku sepatutnya hantar tidak terhantar. Kerna terlebih dahulu dari itu, aku menerima es-em-es pilunya.  

“Innalillahi Wainna ilaihi rojiun. The cancer spread to 4 areas. The rib, liver, left collarbone nodes and the nodes at the right jaw“, Kakak.

Larilah aku ke tandas. Bungkam dan diam. Lama. Sebelum wudhuk aku bercampur air mata. Maha suci Tuhan yang mentakdirkan segala-galanya. Dalam sujud Duha itu, aku doa untuk kakak. Moga dia tabah setabah-tabahnya.

Kantung es-em-es aku kemudiannya ditebak lagi. Nun dari seberang laut, bingkisan dari sahabat aku terima. Penuh harap. Adakah hari ini adalah hari untuk aku bersedih sahajakah?  

“Hadirlah keajaiban, terangilah kehidupan“, Fajr.

Ya, inilah es-em-es inspirasi. Buat peneguh semangat diri-diri yang hampir hilang. Segera es-em-es yang datang Scotland ini, aku bingkiskan ke Banting dan Putrajaya. Selain aku telan sendiri supaya menjadi pasak diri.

Ya Rabb,
Berikanlah kami kesabaran dan ketabahan dalam payah ini.

* Apa khabar Chill dan Shifa? Ingatan aku sangat kuat kepada kalian berdua. Sihatkah? Duga hidup kalian sama dengan kakak. Aku bimbang. Amat.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

24 thoughts on “BINGKISAN SMS: SCOTLAND – SERDANG – PUTRAJAYA – BANTING”

  1. Rudy says:

    cikpuan kesum>>>
    Fajar (shbt) Scotland
    Onebreastbouncing (kakak) Banting
    Kpnut (kakak) Putrajaya

    3 orang berbeza dengan latar berbeza.

  2. stargirl says:

    kadangakala dugaan hidup kita melangkaui pemikiran kita. Muga kita semua dapat bersabar dengannya. amin

  3. warispengiran says:

    semoga kalian terus tabah menjalani hari2 mendatang. Ingatlah Allah sentiasa bersama org2 yg sabar. Sy doakan dr kejauhan…Amin!!!

  4. thafiexq says:

    its hard for me to faced the fact that kakak ease going through the pain despite shes only human like us.. shes strong.. i salute her.. my prayers to her and her family.

  5. Rudy says:

    stargil>> amin!

    waris>>> amin!

    naganaga>>> berminat ke? rm400 jerk aku jual. ekekekeekeke

    thafiexq>>> amin ya allah!

  6. aeron says:

    ajal dan maut di tangan tuhan. Apa yang mampu kita lakukan adalah bersedia.

  7. kaktiny says:

    diam.. bungkam..

    Ya Allah, berikan mereka kekuatan dan ketabahan.. dan Kau yang Maha Mengetahui akan sesuatu yang diluar pemikiran akal kami hamba-Mu.. Amin..

    dan aku kembali ‘merenung bulan’..

  8. Jowopinter says:

    Melankolia.

    Aku terima berita tentang kak Raden dari DocTA semalam. Memang menyedihkan. Lebih menyedihkan aku masih berhutang dengannya sebuah pertemuan dan belanja makan di Restoran Selero Negori, Amcorp Mall.

    Semoga Tuhan terus memberi kekuatan kepada insan-insan itu. semoga Tuhan mempermudahkan segala-galanya. Amin.

  9. Rudy says:

    kaktiny>>> amin.

    JP>>> kang, diparingi seng elok wae kakraden ne.

  10. tasikmerah says:

    semoga yg baik2 utk mereka semua… semoga tabah…

    aku? berita kurang gembira juga dr doktor…

    hidup penuh ujian

  11. lone ranger says:

    salam penuh kedamaian dan kasih sayang buat akak… moga diberikan ALLAH tempat yang sempurna dan dibawah payung keselamatan (Diredhai ) rohnya..al fatihah ..buat rudy semoga tabah menghadapinya…”sabar itu kunci orang orang yang bertaqwa”…suatu hari nanti kita juga akan menyusul jua, itu sudah janji dan ketetapannya…redha dan pasrah atas ketentuannya yang esa…sabar yek….

    p/s cantik lukisan, pandai melukis ye…seni sungguh jiwa bluehikari

  12. Rudy says:

    tasik merah>>> moga diberi ketabahan dan ksbrn. positiflah.

    cikpuankesum>>> maaf berkali2. terlalu melankolik.

    lone ranger>>> innalillah bukan untuk kematian shj. Ia untuk musibah juga. Kakak masih bergelut dengan kanser. Mari kita doakan kakak panjang umur dan sembuh.

  13. aliff says:

    bg dy, berita kakak raden ada aliff baca di blog en.nage. dengan sms dr fajar, aliff harap bg dy tabah dan kukuh berdiri kerana kita sentiasa diuji untuk membina rasa hamba dalam diri.

    hari ini tentu, esok insyallah dan hadapan kita berserah padaNya.

    amin, moga sembuh dengan kekuasaanNya juga.

  14. Cinta says:

    Salam,
    Semoga anda dan keluarga akan terus tabah dan bersabar menerima ujian dariNYA.

  15. chinta says:

    been to fajar’s blog, bergenang air mata membaca critanye…moga dia lebih tabah..

  16. Rudy says:

    fajr>>> no problem fajr. kalaulah aku dekat dgn kau, aku pinjamkan diri aku ini utk kau lean on.

    chinta>>> moga semuanya tabah. amat. harap ini kepada tuhan.

Comments are closed.