NOMBOR DAN BAHAGIA

Dalam satu ceramah yang diadakan di jabatan tentang etika kerja; penceramah yang sangat pakar dalam bidang matematik ini mengaitkan matematik dengan etika kerja. Statistik demi statistik diberikan dan kebanyakannya menepati ciri hidup manusia seharian. Katanya, semua yang berlaku dalam alam semesta ini dimulakan dengan manifestasi nombor-nombor. Lihat sahaja komputer, ia dicipta berasaskan nombor!

Aku tertarik dengan kata-katanya mengenai kebahagiaan. Sambil berseloroh, beliau berkata bagaimana kita mengukur kebahagiaan seseorang. Jawabnya, cuba setkan jam ketika hendak tidur. Jika kita boleh tidur sejurus selepas meletakkan kepala di bantal, maka bahagialah dia! Orang yang tak bahagia, ialah orang yang susah untuk tidur kerana kepalanya menerawang mencari penyelesaian masalah dalam hidupnya.

Bila difikir-fikirkan, ada benarnya juga ya. 

Tetapi, jangan salah guna ya. Kerana itu ada manusia percaya nombor-nombor boleh membahagiakan mereka. Ironi sekali, mereka segera berkunjung ke kedai nombor ramalan untuk cuba mendapatkan kebahagiaan dengan memenangi jutaan ringgit yang ditawarkan. Alahai.

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg  

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

9 thoughts on “NOMBOR DAN BAHAGIA

  1. kaklong says:

    owh….gitu eh? hm…then my question is answerable. Ada masa tak bleh tido lena, ada masa letak jer kepala kat bantal terus zzzzzzzzzz

  2. thafiexq says:

    saya suka no 2. so kene tdo kol 2 pagi. bangun 2 petang.. bahagia! haha lawak je

  3. Crayon says:

    Salam,
    Teringat citer Number 23 lakonan Jim Carey. Sume insiden dan perkara yang berlaku di alam ini berkisar kat nombor 2 dan 3. Misterius sungguh. Hehe..

  4. kaktiny says:

    anak kaktiny si nureen yang 3 tahun tuh punyerlah siksa nak tido.. tunggu dia tido kekadang sampai kul 2pagi mata dia still ‘terbuntang’.. tak bahagiakah dia?.. aduhai.. si ibu dia yang tersangat bahagia ni takleh nak tido coz dia tak tido lagi.. dan si abah rasanya terlalu bahagia kot sampai boleh ‘berdengkur’ walaupun anak dok lompat2 atas katil.. hish.. nombor berapa nak bagi tuh?..

  5. long ranger says:

    akum dah lama tak menjengah …sibuk duk mengira nombor…so kesimpulan nya segala dalam alam dan kehidupan ini adalah berkait antara satu sama lain …itulah kebesarannya ilahi menjadikan sesuatu penuh makna……bagi mereka yang berfikir

  6. amerzaman says:

    ya..seperti drama bersiri numb3r…

    aku suka nombor 54..
    dan aku lihat banyak kaitan dengan hidup aku..

    ouh..seperti jim carrey yang obses dengan nombor 23 dalam filem 23.

    errr….

Comments are closed.