KERTAS-KERTAS RINGGIT YANG SERING KITA RISAUKAN DAN SUFI

Selalu kita rasa tertekan bila kantung wang semakin menipis. Apatahlagi tiada simpanan. Kita selalu berfikir yang kita ini tidak cukup wang untuk hidup. Sedangkan kita masih sihat dan punya kudrat untuk bekerja. Kerja ada dan cukup bulan gaji dimasukkan ke dalam akaun. Inilah keinsafan yang aku rasa bila mengenangkan keadaan orang lain yang jauh lebih susah daripada aku. Walaupun sakit tetapi Tuhan masih beri lagi kekuatan kepada aku untuk bangun dan bekerja seperti biasa menyara keluarga. Paling utama kekuatan itu diberi untuk aku terus beribadah kepadaNya.

Ironinya, aku sekeluarga melawat Sufi, 9 bulan di IJN petang Ahad yang lalu. Anak kepada sahabat akrab Suri yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung berlubang. Hati siapa tidak hiba bila anak sekecil itu dipenuhi dengan wayar-wayar yang berselirat di badannya, malah saluran oksigen disalurkan terus ke hidungnya. Menyusu pula perlu melalui tiub di hidung. Alhamdulillah, Sufi kuat semangat dan nampak dia aktif walaupun baru beberapa hari menyudahkan operasi jantungnya. Aku tahu, ibu bapa mana yang tidak risau mengenangkan anak yang sakit. Malah, beban kerisauan itu bertambah dengan perbelanjaan operasi dan rawatan di IJN sudah mencecah RM25,000.00 (setakat Ahad 19 Mei 2008), sedangkan ayahnya tidak begitu mampu menyelesaikan semua hutang operasi itu. Ibu pula tidak bekerja kerana berhenti untuk menjaga Sufi sejak ia lahir tempoh hari.

Kalau kalian berhajat untuk membantu sila hubungi ayahanda Sufi; Saudara Shahadan bin Saad (Bekas staf UUM) di talian 019-5491911. Atau terus ke akaun Maybank 1020-5489-1995. Boleh melawat Sufi di katil No.6, Tingkat 1 Wad ICU IJN, sila hubungi beliau sebelum datang melawat kerana ada ura-ura Sufi akan dibawa ke Hospital Alor Star, Kedah untuk diletakkan di bawah jagaan rapi di sana kerana belanja di IJN agak mahal berbanding di hospital biasa.

Bantulah beliau jika kalian mampu. Hidup ini macam roda. Hari ini kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin esok atau lusa giliran kita diduga pula. Mohon hebahan kepada sahabat-sahabat kalian. Jazakallah! 

* Saya gagal mengambil gambar Sufi kerana tegahan jururawat bertugas. Saya sedang usahakan foto Sufi dengan cara yang lain.

 

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

47 thoughts on “KERTAS-KERTAS RINGGIT YANG SERING KITA RISAUKAN DAN SUFI

  1. warispengiran says:

    InsyaAllah, akan membantu sedaya yang mampu….juga didoakan semoga Sufi cepat sembuh dan buat kedua ibu bapanya, moga terus tabah menghadapi dugaan. InsyaAllah, atas doa dan usaha kalian, DIA pasti membantu..Amin!!!

  2. umebOsHi says:

    sedihnye.. moga sufi ada peluang utk sihat, hidup sempurna macam anak2 lain. moga diberi ketabahan kpd parents dan keluarga adik sufi..

  3. kaklong says:

    InsyaAllah, sufi akan sembuh sebab penbedahan dibuat sewaktu usia masih kecil. Sepupu saya dulu pun jalani pembedahan yang sama sewaktu usia setahun lebih. Alhamdulillah kini sudah darjah dua dan sihat walafiat.

  4. kaktiny says:

    Insyaallah, kaktiny akan usahakan kutipan dijabatan/pejabat dan masukkan ke akaun yang dinyatakan.. kaktiny dpt rasa keperitan yang dirasai kerana ayah kaktiny pun pernah berada di IJN (2006) utk buat bypass..

    Alhamdulillah.. tahniah rudy kerana menggunakan kelebihan/anugerah ini utk membantu bg yang memerlukan.. teruskan usaha murni anda..

    dan kepada bloggers’.. kaktiny mohon.. hulurkanlah walau seringgit cuma (andai sepuluh ribu orang bersepakat…alangkah indahnya..) mudah-mudahan..

  5. umebOsHi says:

    eh,ludi..tak jwb ek pertanyaan cikpuan ume kat kotak komen utk entry GANTI? sila jwbbb..

  6. jowopinter says:

    Semoga ALLAH mempermudahkan usaha penyembuhan adik Sufi.

    Aku menyokong usaha kau, Rudy.

    Harta seberapa yang yang kita ada ini pun bukan milik sebenarnya, kita cuma memegang amanah, untuk kita kongsi-kongsikan kepada yang memerlukan. Insya-ALLAH

  7. asuhara says:

    alhamdulillah…
    saya memberi sedikit, dan Dia memberikan banyak pada saya..

    p/s: rudy-san, mcmana GT saya? saya mmg tak terima email dr Rudy-san.

  8. thafiexq says:

    sedih melihat keadaan baby sufi.. saya doakan baby sembuh.. amin..

  9. long ranger says:

    yaallah sihatkanlah sufi kau sempurnakanlah permintaan kedua org tuanya …jadikanlah ia insan yang sihat ..amin

  10. Dea says:

    Saya memahami kerisauan dan keperitan yg sedang dilalui oleh ibu bapa Suri kerana saya juga mempunyai anak yg jantungnya berlubang cuma dia tidak laa sekritikal Sufi kerana lubangnya akan tertutup dgn sendirinya bila tiba masanya nanti. Namun begitu ia tetap mengundang gundah dihati.
    Saya sekeluarga mendoakan kesejahteraan Sufi semoga sembuh seperti sediakala. AInsyaAllah..

  11. Rudy says:

    kepada semua shbt>> terima kasih atas doa, bantuan semoga allah balasi jasa kalian. Amin!

  12. Shahadan Bin Saad says:

    Kali pertama dapat melayari internet setelah hampir dua bulan menemankan sufi di HSB dan IJN. Sungguh terharu pada kalian yang perihatin. Moga Allah membalas kalian dengan rahmat dan kasih sayangnya. Credit to Rudy.

    Alhamdulillah Sufi sudahpun hampir seminggu discaj dari IJN. sedang pulih di Rumah Mak saya di Yan, Kedah. Walaupun batuk2nya masih ada. Kahak2nya pula dicuba dengan sirap pencair kahak. Mudah2an Sufi akan pulih sepenuhnya dengan izin Allah yang berkehendakkannya.

  13. uronmxqfyl says:

    [url=http://uk.geocities.com/buyxbxcheap/saebn-so/sexy-lesbian-housewives.htm]sexy lesbian housewives[/url]

  14. Pingback: Phentermine.

Comments are closed.