ALFATIHAH

Salam takziah buat FAIZAH NOR BT KASMURI, pelajar seliaan aku. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada seluruh ahli keluarga; ayah, ibu dan adik-adik tercinta yang terkorban dalam kebakaran rumahnya awal pagi kelmarin.

Aku terkilan tidak dapat turut serta rombongan menziarahi jenazah keluarganya di Kluang Johor. Entah mengapa mesyuarat di Kota Lumpur pagi tadi lambat benar habisnya. Akhirnya, hanya sempat menyampaikan salam takziah melalui Ketua Jabatan yang bergegas ke rumahnya bersama rombongan jabatan tengah hari tadi.

Moga-moga Faizah dan empat beradik mereka yang lain diberi seribu ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah ini. Maha suci Allah Tuhan sekelian Alam. Daripada Dia kita datang, Kepada Dia jualah kita kembali. Benarlah, kita tidak punya apa-apa. Hanya kepada Allah kita mendambakan harapan dan kekuatan. Alfatihah.

* Rujuk Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

20 thoughts on “ALFATIHAH”

  1. ayobkelubi says:

    yelah, salam takziah utk dia. tak sangka dia pelajar seliaan kau lak bang.. aku baca suratkhabar pagi tadi.memang sebak ah banyak. semoga dia terus tabah memperjuangkan nasib adik-adik dia yang lain itu.

    al-fatihah

  2. saya says:

    takziah..
    moga selamat semuanya..

    alfatihah

  3. badril says:

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka dan moga keluarga arwah tabah hadapi dugaan-Nya. al-fatihah.

  4. HE says:

    Malang tidak berbau.. maut ditangan tuhan.. redhakan… alfatihah

  5. Pingback: americasbestrx.com
  6. Pingback: Buy amoxicillin.

Comments are closed.