Benarlah, dalam satu entri yang aku pernah tulis dalam Bluehikari pada 9 April 2003; Mendongak ke atas tidak selamanya menginsafkan kita. Baik aku menunduk ke bawah. Masih ada manusia yang jauh lebih susah daripada apa yang aku dapat sekarang.Itulah ubat keresahan”.
Ironinya, hari ini genap satu bulan hidup tanpa kenderaan. SLST telah sah menjadi milik orang. Selama satu bulan ini, aku berusaha menggunakan kudrat yang ada berjalan kaki pulang ke rumah dari pejabat. Ini antara salah satu usaha aku untuk mendidik hati dan meruntuhkan ego sendiri. Aku telan hakikat, manusia ini tidak punya apa-apa. Hanya Allahlah sebesar-besar kudrat. Jika selama ini, kita mungkin gah dengan kereta yang kita bawa. Tetapi, jika kita sudah tidak ada kereta, sanggupkah kita menjadi susah kembali dengan berjalan kaki sahaja?
Pada mulanya, aku rasa sangat kekok. Rasa ego menguasai diri. Malu dan seribu perasaan menguasai diri. Apatahlagi, sepanjang berjalan kaki pulang itu, ada mata-mata yang memandang. Seakan-akan aku ini alien pula. Pelik dengan apa yang aku lakukan. Aku balas pandangan mereka dengan senyuman.Tetapi ada juga manusia yang berhati mulia menumpangkan aku pulang hingga ke tangga rumah! Masya Allah, moga kebaikan dan rahmat Allah mengiringi hidupnya mereka. Alhamdulillah, nasihat Haji H beberapa tahun lepas mengenai usaha meruntuhkan ego diri ini aku mula nampak hasilnya.
Kata Haji H, dahulu dia mengaji pondok. Guru Sufi yang mengajarnya mencabar dia untuk menjadi pengemis selama sebulan. Kata Gurunya, ia baik untuk membersih dan mendidik hati. Haji H sahut cabaran itu. Selama sebulan itu Haji H menjadi pengemis. Pelbagai pengalaman dirasainya. Pernah dicaci maki, ludah dan ditolak orang. Pernah juga dijamu makan oleh seorang hartawan. Pengalaman itu mendewasakannya dan dia mulai faham bagaimana persepsi manusia itu boleh merubah segala-galanya.
Ya. Mengubah persepsi seseorang terhadap makhluk ciptaan Allah bukan sesuatu yang mudah. Apatahlagi untuk cuba mencermin diri sendiri. Aku harap aku berjaya mendidik diri. Kerana, aku mahu Allah. Aku mahu bertemu Allah dengan bersih zahir dan batin. Benarlah kita tidak punya apa-apa. Pangkat, harta dan kuasa hanya sementara. Itu pinjaman Allah yang lebih berkuasa. Selagi hayat dikandung badan, teruskan membina peradaban masa depan, yang mana pada masa yang sama ianya adalah kelangsungan ibadat kita hambaNya kepadaNya.
Kita hidup untuk Dia.Â
Maha Suci Allah. Tuhan sekalian Alam.
Jom jalan kaki!
bagus utk kesihatan akal dan badan, merenung, alam, berzikir sambil berjalan dan percayalah abg tak akan rasa penatnya. hiruplah udara segar sekeliling dan perhatikan betapa hijaunya alam … chewah!
saya pun sama.
Dah biasa jalan kaki dr kolej ke Fakulti-fakulti, HEP n Masjid. So tak terasa sangat la. Alhamdulillah selagi kaki ni masih dipinjamkan oleh tuannya, selagi itulah kita perlu gunakan sebaiknya. Syukur masih dianugerahkan kekuatan untuk terus berjalan.Oleh itu, jom jalan kaki ramai-ramai… =)
bagus getoo lho jalan kaki.baek untuk kesehatan kamu. go go! chaiyok!! 😀
naik teksi la…kaki tak penat..duit le penat…
Teruskan melangkah Rudy..
Perjalanan kita di bumi ini masih jauh… 🙂
suka jalan kaki sambil melihat alam semulajadi. sekali sekala gi lah hiking masuk hutan lipur.. boleh merehatkan mata tengok kehijauan alam gak..
Kadang-kadang berjalan kaki banyak ilham yang akan kita dapat. Banyak perancangan dan masalah dapat diselesaikan. Kerana apa? setiap langkah kita berfikir. Kadang-kadang dapat melihat ciptannya. Paling seronok, bila berjalan di waktu petang, di kawasan yang luas, melihat di bawah rumput, melihat di atas langit dan burung, melihat di tepi pokok-pokok, bangunan…subhanallah ciptaanNYA. Apalah yang hendak dibanggakan dengan kereta. Kereta hanya diperbuat daripada besi…
manusia di cipta senang untuk absorb sesuatu yang baru, mula-mula je kekok lama2 ok.
sekarang jalan kaki balik ke apato dari opis…sini tak cium bau asap kenderaan…jalan kaki pun selesa walaupun ambik masa stengah jam..:)