ANGKASAWAN

Jabatan dikunjungi dua tetamu penting negara tadi. Berkesempatan bertemu dengan dua bakal angkasawan negara satu peluang yang dinantikan. Aku lebih banyak berbual dengan Dr. Faiz kerana dia tampak lebih ramah berbanding Dr. Sheikh Muzaffar yang aku lihat dia seperti keletihan.

Aku ada bertanya kepada Dr. Faiz, bagaimana dia menguruskan stress semasa menjalani latihan di Rusia. Adakah dia mengamalkan yoga atau sebagainya. Katanya, apa-apa hal pun self-motivated adalah penting. Kerana latihan di Rusia selama 9 bulan berlangsung dalam suasana yang sangat serius dan sukar untuk ada waktu untuk release atau gelak-ketawa. Setiap hari dia menjalani perkara yang berbeza. Fokus. Dan tidak tahu apa yang akan dilalui pula untuk keesokan harinya. Di badan mereka juga diletakkan eletrod yang boleh mengenalpasti kadar tekanan darah. Jika stress sedikitpun ia akan memberi kesan. Ini akan menjejaskan peluang untuk ke angkasa lepas.

Jadi katanya, peluang balik bercuti selama 3 minggu di Malaysia ini, dia gunakan untuk release dan ketawa. Malah, dalam perbualan kami semalam, dia punya sense of humor. Ada sahaja lelucon hingga gamat bilik mesyuarat tempat kami semua bertemu sepetang itu.

 

  

“Dalam hidup ini, kita kena kuat hadapi cabaran. Stress ada di mana-mana. Jadi apa sahaja perkara perlu ditangani dengan baik. Saya tahu harapan rakyat Malaysia sangat besar. Sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Tapi, saya ambil ini sebagai cabaran. Satu perkara yang saya minat. Self-motivated dan percaya kepada Tuhan yang akan membantu saya menjadi inspirasi untuk saya. Rudy, apa sahaja dalam hidup ini lalui dengan tabah!”, Dr. Faiz. Sebelum kami bersurai petang itu.

Kadang-kadang kata-kata orang lain memberi semangat kepada kita. Jadi, ada masa kita perlu mendengar pandangan orang lain tentang hidup. Hidup ini indah jika kita tahu untuk memanfaatkannya. Tak begitu? 🙂

 

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

7 thoughts on “ANGKASAWAN”

  1. fajar says:

    kalau aku stress, aku akan makan. over la kan? tapi, x gemuk2 jugak.

  2. sangap says:

    nasihat percuma adalah lebih bernilai dari nasihat yang dibayar!

  3. ros says:

    Rudy,stress akak hilang bila jumpa Dayah..heheh..tak caya tanya Dayah..asyik ketawa aja kami..
    tapi sayang masa cemburukan kami..kami dpt berbual2 pun bila masa akhir sebelum berpisah…

    *Dr Sheikh tu macho ya..kira dia tu kembar akak lain mak lain ayah tau..

  4. Meakid says:

    Huh… Slightly addled, but on the whole I like this post. You’ve got some fresh ideas. But please, write more lucid.

  5. Mike says:

    Never heard of it before, but after reading this can say with assurance, that it’s a point of great interest and fun for me

  6. I_am_n_alien says:

    Computers have already revolutionized the way we live and work. Have they changed the way we think? After reading all posts I think they have. People, why do you write what you hear somewhere, not your own thoughts?

Comments are closed.