BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Suri pulang petang itu dengan cerita muridnya. Aku menjadi pendengar setia. Sesetia Shah Jehan kepada isterinya. Murid perempuan yang aku namakan sahaja dia dengan A. Kata suri dia perhatikan A sekian lama. Sejak awal tahun persekolahan.

Katanya A pasif di bilik darjah. Sering menyendiri. Apabila ditanya, suara yang keluar antara dengar atau tidak. Kedengaran berbisik. Apabila bertutur dengan Suri, matanya terdorong ke lantai. Seperti takut untuk bertentang mata dengan guru sendiri. Guru yang tidak sabar pasti amuknya segera memecah sunyi. Tetapi, syukur sifat ibu yang ada pada suri, aku kagumi kerana itulah ciri-ciri wanita pilihan aku, tidak gempita amuk marahnya.

Penampilan A pula agak menyedihkan. Baju kurung yang nipis seperti sudah beberapa tahun tidak berganti. Koyak dan bertampal di sana sini. Tudung yang sudah kusam warnanya. Sering dinila supaya nampak baharu. Tragis sekali, anak ini bersekolah di kalangan anak-anak orang berada di tengah bandar Kota Lumpur.

Suri menyiasat ke akar umbi. Sementalah, kemerosotan pelajaran A begitu ketara sekali. Maka pecahlah rahsia selama ini. Rupa-rupanya, A hidup dalam keluarga berantakan. Ibu menghilangkan diri entah ke mana. Ayah berkahwin lain demi kelangsungan hidup. Dan benarlah stigma keperitan hidup bersama ibu tiri itu terpalit kepadanya. Pulang ke sekolah jadi hamba pula dia. Membasuh, menyidai dan melipat pakaian, mengemas rumah, menyuap makan adik-adik tiri dan seribu satu kerja yang upahnya sepinggan makan malam. Itupun lewat dinihari. Begitulah rutin hidupnya setiap hari. 

Aku seperti tidak percaya. Ada lagikah manusia seperti lagenda Bawang Putih Bawang Merah di abad dua puluh satu ini? Mitos apakah ini? Suri guru baharu. Guru yang masih bertatih. Jadi, tindak lakunya masih kurang pengalaman. Oleh itu, kes pelajar A ini diserahkan kepada Kaunselor sekolahnya. Moga-moga ada tindak penyelesaian untuk dirinya.

Terima Kasih Tuhan, kerana meminjamkan sifat Arrahman Arrahimmu kepada Suri. Moga-moga Suri menjadi guru yang sangat memahami. Sebagaimana seorang ibu yang mengasihi anak kandungnya. Lembut elus tangannya mengusap ubun-ubun darah dagingnya.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

14 thoughts on “BAWANG PUTIH BAWANG MERAH”

  1. ayobkelubi says:

    masih ada lagi kisah seperti itu di kota batu?.

    Aku tak sangka bang.

    Kasihan.Semoga adik A terus
    kuat!

    Insya-Allah

  2. zoo says:

    realiti hidup pasti berlaku…
    sejarah boleh berulang..
    inikan realiti hidup seharian…
    konsep ying & yang sudah termaktub..

  3. salwa a.k.a tipahlawa says:

    Masih byk kisah mcm ni Rudy.. Mungkin agak pelik kerana terjadi di kota, tapi kalau di kg ini, bersepah kejadian yg seumpamanya..

    Bonda saya juga seorg pendidik.. Sudah dua puluh tahun lebih.. Dah acapkali melihat dia termenung dan menangis.. kerana mengenangkan nasib anak muridnya.. pelbagai…

    Hmmm…

  4. hata says:

    kita tak sangka dalam zaman in ada juga nasib manusia begini. nasib manusia berbeza-beza dan berubah2.

    btw lagu background tu kita suka sangat, boleh dapatkan untuk simpanan persendirian. harmoni!!! 🙂

  5. Pingback: accessrx.info
  6. Pingback: Accessrx
  7. Pingback: americasbestrx.com

Comments are closed.