SUMBANGAN KHAIRAT ALLAHYARHAM ANAKANDA AMIR YUSUF

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

 
* kredit foto Fajaril.net & izani.co.uk

Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga.  Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian. 

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. InsyaAllah semua sumbangan akan disalurkan terus kepada Fajar melalui akaun banknya. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

19 thoughts on “SUMBANGAN KHAIRAT ALLAHYARHAM ANAKANDA AMIR YUSUF

  1. SHIMI says:

    Salam Rudy,
    Murni sungguh usaha ini.
    Insyaallah semoga kita semua dapat bantu membantu sesama kita

  2. SangPelangi says:

    Bro, Paypal tak bolehkah? Simkad Maxis saya dah luput, tak dapat nak guna M2U untuk request TAC.

    (sudah dipanjangkan berita ini di blog saya)

  3. XiS says:

    Rudy
    I was about to find out about this, but didn’t know whom I should ask. Thanks for the same info left in my blog comment. Insya’allah…

  4. En Kid says:

    Ya Allah..
    Tabahkan hati abg fajar..alhamdulillah, semoga usaha murni abg Rudy mendapat keberkatan dariNya..

  5. Dja Durham says:

    Salam

    Saya di UK sekarang. Boleh tau tak agaknya la kan kalau2 kawan2 saudara fajar ada membuat kutipan di UK juga melalui ke akaun dia terus ke?

    Boleh saya dapatkan no akaun sesiapa di UK kenalan kepada saudara fajar ni?

    Thanks

    Ni email saya…

    hadijah.jaffri@dur.ac.uk… email university .. thanks again

  6. warispengiran says:

    baru menjengok semula ke sini setelah bercuti..bergenang jua air mata lelaki ini setelah mengetahui pemergian amir yusuf…al fatihah…

  7. xiao hong says:

    salam

    terima kasih kerana membuka ruang… saya pernah email kepada fajar, bertanya bagaimana nak menyalurkan bantuan untuk arwah anakanda amir yusuf… tiada balasan… saya kira fajar memang tak mahu menyusahkan sesiapa… alhamdulillah sekarang melalui rudy… dapat juga menyumbang sesuatu untuk arwah anakanda amir yusuf… bukanlah banyak mana pun mampu saya sumbangkan… namun mengenangkan keadaan fajar sekeluarga di sana… alhamdulillah… Allah SWT sahajalah yang membalas budi rudy… terima kasih

  8. azma says:

    Salam,

    Alhamdulillah .. ada juga ruangan utk disumbangkan bentuk kewangan kepada Fajar sekeluarga.. Mmg terlintas di awal pagi utk menyumbangkan sedikit bantuan.. moga2 dapat meringankan bebannya disana..

  9. XiS says:

    Rudy

    I posted this same message in my blog. But i am afraid, Fajar would not like it. hmm….

  10. duwenk says:

    takziah kpd Fajar dan doa dari jauh hanya dpt mengiringi rohnya..

    Mohon maaf, tiada bantuan materil yg dpt meringankan beban, namun kejayaan seorg bayi akan lebih berbangga menjadi ahli syurga buat ibubapanya…

    al-Fatehah

  11. Jigo says:

    Rudy,

    Terima kasih kerana buka ruang.

    Salam takziah untuk Fajar. Moga terus kuat!

    Al-Fatihah

  12. Rudy says:

    Sahabat-sahabat, terima kasih kepada yang menyumbang apa sahaja, doa, tenaga dan wang ringgit. Jumlah terkumpul setakat ini RM1930.00. Jazakallah!

  13. azma says:

    Salam…
    saya sudah menghantar email kepada rudy.. mengenai perihal ini.. namun tiada jawapan… Jika Rudy membaca komen saya ini, sy minta sekiranya Rudy melapangkan masa utk membalas email saya… untuk pengesahan selanjutnya..Maaf jika sy menganggu dan Alhamdulillah di atas sumbangan yg telah dikumpulkan…

  14. Rudy says:

    sdr azma, emel ke alamat mana? so far tak ada pun. sila emel ke shouganai77(at)gmail(dot)com.

Comments are closed.