PAKATAN

Setelah diamati sekalian banyak sub teks. Mengertilah sudah aku ini.

Berpakat kalian rupanya. Tak mengapa. Kita lihat siapa yang lebih strategik lagi bermain siasah.

Titik.

++++++++

Tazkirah: Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan
(Ustaz Haji Zaharuddin Hj Abd Rahman)
 

Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

14 thoughts on “PAKATAN”

  1. hazri says:

    skrg ni sensitip sebut pasal pakatan, hahaha… kalau nasib baik dapat pergi lawatan sambil belajar, huhu…

  2. aeron says:

    Dulu kecil-kecil selalu main pakat2..hahahaha

  3. kopisuam says:

    selalu bila dah tak nak kawan ngan kita mulalah kawan tu pakat2 kat telinga kawan yang sorang lagi…”ko jangan kawan dengan dia tau”..

    berpakat dan maufakat semoga mendapat bahagia…

    tido tghr dalam bulan puasa akan mendapat pahala sekiranya bertujuan mengelakkan diri dari bercakap, mengumpat dan sewaktu dengannya – nawaitu kena betul

  4. lone ranger says:

    salam rudy,

    pakatan adalah Jemaah,
    jemaah membawa maksud kesatuan,
    kesatuan adalah bermaksud dalam ramai ada satu…,
    satu membawa maksud hanya dia yang empunya sesuatu tiada bersamaan dengan kehendak kita…dia nan satu tiada beranak dan diberanakkan.., dia nan satu tiada setara baginya……

  5. Tim says:

    hehehe… kalu pen biru.. semua yg berpakat, melompat-lompat.. kalu pen merah, semua yang berpakat, terkulat-kulat… hehehe…

  6. Rudy says:

    Tim>>> hahahaha kanak2 lah sangat… :p

    lone>>> bagaimana kalau pakatan itu utk niat yg jahat lagi bathil?

    kopisuam>>> hahaha senario biasa dlm komuniti kanak2.

    aeron>>> main pakat-pakat tikam belakang kah? hahahaahaha

    hazri>>> lawatan ke mana?

    miezi>>> haha alhamdulillah

    shimi>>> subteks nyer…:p

  7. si dugong says:

    Hari raya pakat-pakat nak pakai baju warna sama. Tu pun pakat juge.

  8. lone ranger says:

    hehehehe rudy san percayalah akan ada pula pakatan yang akan mengembalikan semula kepada fitrah alam untuk keseimbangan di dalam sebuah kehidupan..hehehe menduga nampak…

  9. ainizakri says:

    Salam rudy

    Suatu masa dulu…lama dulu kita pernak kenal dlm dunia blog….Alhamdulillah hari ini kita berpeluang bertemu lagi di alam blog.. selamat berpuasa, selamat menjalani ibadah dengan penuh keberkatan..amin

Comments are closed.