EMPAT PULUH EMPAT

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

As-Sabaรขโ‚ฌโ„ข [36]

Akhirnya, meriba jua. Hitam dan putih. Empat-puluh-empat.

“Sujud syukur, Dy”, Mak. Terngiang-ngiang suaranya akrab di corong telefon.

“Ojo kelalen among-amonge“, Es-em-es abah.

“Syukran kepada Tuhan Dy, kemudian kepada isteri dan anak. Juga kepada mak abah serta mertua. Doa mereka tak pernah putus untuk kau”, kata seorang sahabat pegawai yang paling akrab;turut sama jua meriba empat-puluh-empat.

Masing-masing diam tiba-tiba. Sebak.

Terima Kasih Tuhan,
Kau dengar bingkis doa duhaku, naik ke langit tingkat.

* ojo kelalen among-amonge – jangan lupa kenduri kesyukuran (Jawa)

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

22 thoughts on “EMPAT PULUH EMPAT”

  1. hana says:

    TAHNIAH! semoga makin bersemangat. doakan saya jugak yer..keputusan blom tau lagi ni..:)
    p/s:sy kump B je abg rudy ๐Ÿ˜€

  2. warispengiran says:

    TAHNIAH….Syukur Alhamdulillah…semoga rezeki terus bertambah…Amin!!!

  3. stargirl says:

    manis rasanya berkongsi kejayaan bersama keluarga..dan pastinya syukur yg tak tertingga ke hadratNYA.. tahniah ye rudy!

  4. nash says:

    omedetou…sekinen ga fueru kedo…rudyu-san nara nandemo dekirukara…gambattene

  5. hazri says:

    buleh la blanja, hahaha…tinggi empat puluh empat tu…apapun, tahniah…

  6. aeron says:

    tahniah, mungkin yg lewat mengetahuinya…
    namun sekalung tahniah, rezeki yang diberikan atas usaha yang dilakukan.
    syukur padaNYa

  7. penyubiru says:

    tahniah! walaupun aku tgh blur lagi,apa maksudn3 ko nie.tapi biler baca komen,semua ucapa tahniah,so aku ucapkan lah. aku andaikan ko lulus PTK dan dapat naik gred.jika betul andaianku, tahniah! semoga terus suksess. ๐Ÿ™‚

  8. kaktiny says:

    44 eh.. alhamdulillah.. semoga sampai pegang JUSA yer.. kaktiny doakan.. AMIN (rezeki dari Allah, tak siapa dpt membaca dan menduga..)

  9. lone ranger says:

    salam tahniah kuhulurkan moga dirimu senantiasa beroleh kejayaan…berkat doa keluarga dan orang tua…resmi padi semakin berisi semakin tunduk..dah makin senang ni, moga senang jugalah mengisi masa untuk beramalan dan mendekatkan diri kepadanya…sungguh murah rezki tuan,maka in gatlah kepada tuan empunya rezki yek….

    didoakan moga kau beroleh keimanan dan kesenangan..amin

  10. lina says:

    Tahniah ek abg rudy! Apa yg sy faham dari entry dan komen2 semua abg rudy naik pangkat. Kalau sy silap mohon maaf mohon diperjelaskan. Apa2 pun good luck utk hari2 yang mendatang.

  11. kak long says:

    tahniah. dah dapat naik gred 44. hm…doakan jugak kak long yang baru nak menapak nih….tertinggal keretapi ๐Ÿ™‚

  12. Rudy says:

    kepada semua sahabat>>> saya ucapkan terima kasih atas ucapan tahniah tersebut. Semalam dah puas menangis sebab kerana sedih sangat nak tinggal jabatan yang saya sangat cintai ini. Tapi, life goes on. makanya saya kena terima cabaran mengetuai pentadbiran di tempat baru pula. doakan saya.

  13. thafiexq says:

    saya doakan rudy success selalu. sedey mmg sedey kan. tapi this is something that Allah already plan for u. tahiah again

  14. ayobkelubi says:

    wahhh,alhamdulillah,tahniah bang!…

    rejeki aku gak belm lagi.. hahaha…

  15. tinta utara says:

    Tahniah! dan terus gigih di tempat baharu.

  16. as&ad says:

    empat puluh empat …
    sekarang .
    empat puluh lapan …
    insyaALLAH .

Comments are closed.