Kau beri hitam. Dia beri merah. Aku terkujat menerima. Tak mengapalah. Aku simpan baik-baik semua pemberian sempena hari lahir aku itu. Merah dan hitam dua warna senada yang cuba aku elak. Meskipun aku amat suka dengan dua warna itu. Tetapi dari segi metafiziknya, aku alah dengan dua warna itu.
Putih. Ya, putih paling akrab dari segi metafiziknya untuk aku. Jadi, kalau terpaksa memakai merah hitam warna alahan itu, pastikan aku sulami dengan putih yang menyeimbangkan. Kerna itu, semasa memilih warna kenderaan ketika mahu membelinya setahun yang lalu, aku memilih putih sebagai pilihan.Â
musykil! apa yer hendak disampaikan oleh Abg Rudy. Hitam itu menarik, merah pula berani, putih itu suci. Itu bagi kita, bagi abg apa pula ya?
memang diakui warna mempengaruhi seseorang. saya pernah buat test terapi warna dan hasilnya, warna hitam dipercayai akan menyebabkan saya menjadi kurang bermaya, huhu.. saya kebuh sesuai dgn warna2 cerah dan satu lagi, kata pengamal terapi tersebut, saya punya naluri ramalan yang kuat, hahaha…
mungkin kesilapan itu akan mematangkan si pemberi.
hata>>>Tuhan jadikan alam dengan pelbagai makna. Semuanya ada. Tetapi, sy melihat keserasian warna pd diri saya setelah seorang pakar metafizik menasihati saya. Jadi dua warna itu mmg tidak sesuai dgn diri saya.
hazri>>> ramalan? jd toknujumlah pulak… :p
aeron>>> insyaAllah.
pakar metafizik.. menarik tuh.. kat ner yek nak cari pakar metafizik utk advice bab warna dan keserasian diri.. pl.advice… hehheheheh (nak gak tahu… hekekekkeh.)
beli kereta baru ke bro?
engkau alah… aku harus pergi.. 🙂
besday ea?
moga panjang umur
tak paham la pulak… huhuhuhu…
Salam.
Pakar psikologi pernah memberitahu bahawa kecenderungan atau kesukaan terhadap warna sbnrnya mewakili sikap, perwatakan dan peribadi. 🙂
selamat hari jadi bro moga tuhanku merahmatimu selalu amin
Aku tidak tahu metafizikal aku…aku hantam saja…
aku pun pernah suka pada warna merah hitam. ternyata kombinasi warna 2 tak lagi serasi dgn aku. now, gemar dengan warna hijau putih (xde kaitan dengan mana2 parti politik). selamat tinggal merah hitam…
kak tiny>>> ok nanti saya kenalkan. tapi dengan sedikit byrn khidmat. Tetapi bukan kepada saya kpd pakar berkenaan. Boleh?
prince>>> hahahaha. sinis sekali.
HE>>> boleh jer. hehehe.
longranger & Amerzaman>>> birthday dah lepas pd 8 jun. tapi baru dpt hadiahnya. terima kasih atas ucapan.
suara>> benar. sy setuju.
pijoyz>>> maaf kalau tak faham. tapi cuba cari info metafizik. banyak sekali diselitkan dalam majalah kendiri spt mingguan wanita. boleh dijadikan panduan
tasikmerah>> alalalala. janganlah gitu. bukan bermaksud yang sedemikian. hanya nama shjkan. kalau saya bluehikari, silap2 org pun lari bagi yang tak serasi dengan biru ini. 🙂
ohoo..kamu alah dgn 2 warna tu yek Rudy-san…makanya kamu ini mungkin mudah diduga orangnya..putih paling serasi yek, mungkin kamu sangat ikhlas hatinya..( macam nujum pak belalang plak!)
abaikan sifat warna itu, ingatkan saja niat pemberinya, mudah-mudahan keterbukaan kamu menerima yg merah dan hitam itu lebih luas dan dalam.
asuhara>>> ya asuara, setiap pemberian mereka saya ungguli dalam diri. terima kasih banyak2. moga allah menambah rezeki pemberi itu sebanyak2nya selepas ini. sungguh baik budi, akupun mahu banyak berbudi.
kami di klate tak panggil warna, kami sebut kala (color-BI).lain2 kala ialah:
meghah=merah
kuning
ija=hijau
bighu=biru
ite=hitam
puteh=putih.
ada lagi….
makna metafiziknya bagi setiap warna memang ada,namun sebut aje pelangi kita jadi serba-salah antara pancaran mentari dan hujan yang membasah.
tamu pulau melaka>>> suka bahasa kelantan. org umah saya juga dr sana. pelangi cantik…
putih melambangkan kesucian… merah dan hitam warna yang contrast… apabila disulam dengan waran putih… ia seakan-akan neutral 🙂
suka putih…suci, bersih dan kena pada setiap warna lain..
tingat lagu kumpulan Freedom, arwah Seha nynyi duet with Shuib >>>biru warna kesukaanku…aku jua begitu…