BERTUKANG

 

Lama. Ya sudah lama tidak bertukang. Sabtu lepas dari jam 11 pagi hingga 6 petang, dengan 10 sahabat seyayasan bergotong-royong. Membina teduhan satu projek khas. pasaknya simen, tiangnya kayu dan atapnya zink.

Buat lubang, melecet tangan. Paku disua tukul besi, bergegar satu badan. Gergaji kayu, menggigil tangan. Sua zink pada kawan di atas, mendongaklah aku berkali-kali. Panjat memanjat. Turun naik tangga. Akibatnya, Ahad yang permai semalam, aku bangun dengan satu badan rasa sakit dan sengal.

Sah! Badan sudah terlalu lama dimanja-manjakan! Rasakan.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

18 thoughts on “BERTUKANG”

  1. tasikmerah says:

    bertukang?… last sekali zaman sekolah menengah dulu kot…

    sesekali mengemop rumah pun boleh dtg sengal2 ni bro… he he…

  2. nadahahs says:

    kat laman rumah aku dah ada kebun sayur-sayuran. itu semua hasil tangan ibu sufi. ayah sufi ni masih manja2 lagi..

  3. sepol says:

    ermmm bertukang bbrp bln yg lps trase prut ku kejung dan tgn keras mcm kulit kayu… mencangkul nk buat beam lantai… gotong royong pon bbrp bln yg lps, mbersihkn blkg rmh yg dh mcm hutan, akhirnya mkck blkg rumh baru brani buka pintu sbb hutan dh xdek ngaaaahahahhaha

  4. warispengiran says:

    dah lama tak bertukang…kali terakhir tahun lepas kot..cume mengecat adalah dua minggu lepas…hehehe

  5. SHIMI says:

    Sesuatu yang indah untuk dingati apabila penat itu berlalu. Satu kepuasan timbul apabila berlalu disitu melihat teduhan yang memayungi insan2 dibawahnya. Redha Ilahi lebih agunug dari kepenatan yang dimiliki sementara

  6. lone ranger says:

    hehehe…sekali sekala,menarikkan..hem tak dapat sertai ada program lain hari sabtu tu…kebas2x,sengal2x..apa makna ye???kena kerap exercise le tu….moga sihat selalu

  7. Rudy says:

    tasik>>> mop mengemop skang ni upah indon jerk ekekke

    shimi>>> setuju banget!

    asuhara>>> ahahaha tuh yg malas tuh

    nash>>> go to http://www.fusionexcel.com

    waris>>> menjadi ke cat mengecat tu?

    sepol>>> hahahaha, suri pun dah bising soh settlekan rumput rampai belkg umah…malasnyaaaa

    shahadans>>> samalah kitaaa..di laman umah pokok herba dlm pasu semua tangan suri. malasnyaaaaa

  8. kaktiny says:

    masa kursus hari tu, tai chi master tu jual benda alah tuh.. teragak2 nak beli ke tak.. pegang letak pegang letak.. nantilah.. fikir dulu.. and the broucher is still with me..

  9. Rudy says:

    kaktiny>>> berminat kalu, bagitau saya. sy bagi special price. yg penting kesihatan kita.

  10. aliff says:

    aliff suka bertukang, bila balik kg ada sahaja benda nak dicuba.

    tapi ayah selalu bising sebab jadi tikus baiki labu he!he!

  11. vsvijulwjw says:

    [url=http://uk.geocities.com/losingweightoipi/rswsv-zh/japanese-sex-culture.htm]japanese sex culture[/url]

Comments are closed.