DEBAT ll


*kredit foto sentuhan meero

“Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

Aku suka kata-kata ini. Mendalam dan penuh bermakna. Ia ditulis oleh blogger Buruuj di sini.

Ironi sekali aku terdengar satu perbualan (ketika waktu rehat), beberapa peserta kursus pengurusan dan pengacaraan majlis yang aku ladeni beberapa hari ini. Katanya, penjawat awam kalau meminta sesuatu daripada kerajaan, apatahlagi permintaan itu bertentangan dengan apa yang dilakukan kerajaan, bukanlah disifatkan sebagai PEMBANGKANG.

Istilah yang digunakan bagi menggambarkan golongan ini ialah PENDESAK. Ia positif sebenarnya dan bukan bersifat sebaliknya. Waima di Parlimen sekalipun, ada ahli dewan yang berada di pihak kerajaan meminta kerajaan melakukan sesuatu untuk faedah rakyat walaupun ia bukan menjadi amalan kerajaan. Sebagai contoh, baru-baru ini ada ahli parlimen di pihak kerajaan sendiri mendesak supaya rebat petrol dinaikkan.

Berbalik semula kepada entri yang ditulis oleh blogger Buruuj di atas, ia menepati sekali dengan apa yang diperbualkan oleh peserta yang matang itu. Dalam diam, aku mengangguk setuju. Berbeza pendapat dalam mana-mana organisasi itu sebenarnya baik, dan kita boleh menilai perbezaan itu dari sudut yang berbeza bagi orang yang lain. Adakah apabila kita berbeza pendapat dengan ahli organisasi, maka kita dengan mudah dilabel sebagai pembangkang? Bagaimana di organisasi kalian? Pandangan kalian saya dambakan.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

9 thoughts on “DEBAT ll”

  1. warispengiran says:

    Setuju. Berbeza pendapat sebenarnya baik, malah berdebat itu salah satu cara utk membentuk pemikiran yang kritis dengan usaha menegakkan hujah masing2. Mereka yang dengan mudah melabel seseorang itu sebagai pembangkang apabila berbeza pendapat dengan ahli organisasi itu bagi saya adalah mereka yang agak sempit pemikirannya kerana mereka hanya berfikir ke arah satu perkara tanpa mengambil kira cabang2 yang lain yg mungkin lebih baik daripada apa yang sedia ada difikirkan.Organisasi tpt sy bekerja, ada golongan2 tersebut, mujurlah Ketua Jabatan sy tidak tergolong dlm golongan tersebut dan sy senang bekerja dengan beliau (bekas lecturer sy jugak..eheh!)

  2. long ranger says:

    setuju……begitulah penerimaan orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya…mereka waras dalam menerima kritikan mahupun pujian..pembangkang, pendesak mahupun pencadang yang mana adalah saling lengkap melengkapi…berpasang-pasangan…janganlah jadikan kelemahan kita didalam menilai sesuatu itu untuk menidakkan keperluan orang lain…cubala positif dan saling memberi dan menerima…kita ni mesti tahu fungsi dan tanggungjawab masing2x aman dunia

    p/s nice topic bro

  3. asuhara says:

    dari amatan saya, boss paling besar di pejabat ini membiarkan soal politik kepada pendapat peribadi setiap anak2 buahnya. apapun yg penting perlu tahu dan laksanakan tanggungjawb masing2 sebagai hamba Allah di ‘ladang’ tempat mencari rezeki ini.

  4. suara says:

    Debat…
    seperti juga keluk permintaan dan penawaran. Berbincang, berdiskusi mengeluarkan pendapat masing-masing, mencari satu titik persetujuan yg diharap dapat memberi kebaikan untuk kepuasan bersama.

    Kalaulah pembangkang dan pencadang dilihat sebagai pasangan yg saling melengkapkan, pastinya laluan aman lebih mudah diperolehi.

    Tapi begitukah corak perjalanan politik di negara kita? Mampukah penyokong pihak pembangkang dan penyokong pihak pencadang menerima ‘pasangan’ ini dgn hati lebih tenteram tanpa menimbulkan dendam yg tak berkesudahan?

    Kalaulah cara dan aturan Islam menjadi pegangan, insyaAllah kita tetap boleh berkawan walaupun masih berlawan. 🙂

  5. Jowopinter says:

    Berbeza pendapat adalah sesuatu yang sihat. Itu kreativiti dalam berfikir namanya.

    Tapi masalahnya di negara kita, selalu-selalunya, perbezaan pendapat dianggap sebagai konotasi yang negatif. Sebabnya? Pendapat dan idea sudah dibatasi oleh ideologi politik kepartaian yang sempit.

  6. buruuj says:

    itulah debat. lontaran idea-idea yg berbeza. kalau semua benda sama saja, tidak menariklah dunia nie.

    terima kasih kerana “quote” kata-kata saya.

  7. kaktiny says:

    kaktiny suka sapa yang boleh berbalah pendapat.. Berbalah bukan bererti nak menunjuk “AKU BAGUS”.. TAK.. tapi sebenarnya nak mencari ‘sudut pandangan’ yang tak terlintas di pemikiran kita.. (normalnya manusia terlalu ‘taksub’ dgn ‘Weltanschauung’nya – maka dia hanya merasakan apa yang difikirnya betul itu BETUL!!!)

    HATTA kaktiny dgn Boss kaktiny pun sering mengutarakan pendapat yang berbeza (meskipun pernah suatu ketika dulu beratus ribu askar Malaysia menyatakan “YA” pada setiap bait katanya..).. dan daripada pendapat yang berbeza itulah kita dapat menemui ‘intipati’ yang tersembunyi.. BUKAN NAK MENUNJUK BAGUS (pada kaktiny la.. tak tau pada org lain..kekadang kalau kita terlebih bersuara mesti ada suara2 sumbang kata “MCM BAGUS SGT”.. TERPULANG!!!)

  8. KAKLONG says:

    kalau penjawat awam…adakalanya kita dikata menentang arus.

  9. zoo says:

    bagi sebuah organisasi..
    berbeza pendapat adalah baik namun bila politik kerja diaduk bersama jawatan yg dipegang diampu oleh KUASA..sapa mampu lawan? KUASA yg menyebabkan pengkritik/penentang tewas dlm perang saraf..
    andai mentimun ada KUASA mampukah durian melaksanakan agenda..? namun hakikat dunia hanya durian mampu ada KUASA.

    sorg demi sorg berlalu ditekan KUASA. zalim!
    pencacai yang hina ini mampu menyalak lambat laun pencacai ini senyap dan akhirnya lenyap.
    Mengalah tak semestinya KALAH.

Comments are closed.