MEMULAKAN

Kalau terjadi apa-apa dalam sesuatu perhubungan, inisiatif siapakah yang akan membetulkan keadaan? Adakah kalian yang akan memulakan atau menunggu sehingga pihak di sebelah sana memulakan inisiatif?

Pengalaman aku, selalunya aku sahaja yang akan memulakan inisiatif tersebut. Selalunya begitu. Kali ini. Kali ini mungkin tidak. Penat juga kalau kita sahaja yang memulakan. Biar sahajalah. Biarlah pisang berbuah sepuluh kali, sekalipun.

Ironinya, ini pertanyaan bekas anak didik aku yang menghadapi masalah dengan bakal suaminya. Saya telah menyatakan pandangan. kalian boleh berikan pandangan?

Salam Jumaat.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

21 thoughts on “MEMULAKAN

  1. syeda says:

    Selagi hati boleh memaafkan, maka maafkanlah…Allah sayangkan orang yg memberikan kemaafan walau dipinta, yg berterima kasih walau dia yg memberi…
    Memulakan usaha murni ke arah pengukuhan semula sebuah silaturrahim adalah tindakan yg terpuji..Apatah lagi jika ia merupakan hubungan suci yang diikat atas nama Allah… Kalau telah memulakan untuk kali pertama, mengapa tidak kali kedua? Andai telah masuk kali ketiga, tiada salahnya meulakan kali yg keempat…
    Kesabaran adalah kemenangan…

    syeda>>>> thanxxx byk nsht adik. memafkan sudah. tapi malas nak memulakan lagi sbb penat dah.

  2. Daddycute says:

    Memberi maaf dan juga memohon kemaafan adalah perkara yang penting dalam perhubungan. Bak kata syeda perhubungan yang diikat atas nama Allah adalah perhubungan yang suci, jadi janganlah kita cemarinya.
    Berpeganglah pada ketentuan Yang Maha Esa.

    daddy>>> yup. betul. tkasih yer abah.

  3. warispengiran says:

    Ada ketikanya kita perlu memulakan. Biarlah kita beralah apatah lagi demi sebuah perhubungan yang suci. Beralah bukan bererti kita salah atau kalah. Sebaliknya kita adalah org yang menang kerana berjaya menjernihkan keadaan. Namun sebagai manusia, adakalanya saya juga sudah penat untuk memulakan…

    waris>>> oh mcm tu kah. tapi dah penat tu wat camne kan. 

  4. tentangseseorang says:

    adakalanya…biar aja masa yang menyembuhkan

    tentangseseorang>>> aah, biarkan masa menentukan. ada adalah takda takpe. eheheh 

  5. warispengiran says:

    rudy>>>aah, dah penat tu biar je lah…tak larat nak pikir!!!

  6. syiMa says:

    yupp…dah penat, dah letih, dah lelah, dah jemu, dah lali, dah bosan…..dah..biokan je…

    syima>>> lex lex….:) 

  7. tini says:

    kalau aku tgk situation..kalau aku salah aku mulakn dulu..kalau pihak yang lagi satu salah..biar dia mulakan dulu..tapi kalau dah ngada2 sangat..gue biorkan jer bro…

    tini>>> ehehehehe, jgnlah give up. 

  8. pHu YinG says:

    Kalau asyik kita saja yang memulakan, nampak sangat tiada tolak ansur. Sepatutnya, kedua-dua pihak kena ‘give and take’, barulah harmoni. Dan selalunya, pihak yang sentiasa beralah, lebih komited dalam perhubungan tersebut. Dalam erti kata lain, dia lebih sayangkan (atau kesah) dengan perhubungan itu berbanding pasangannya.

    Kalau perempuan, biasalah, nak dipujuk, kadang-kadang jual mahal sampai lelaki naik bosan. Itu biasa. Tapi kalau lelaki yang macam tu.. Err, entahla.

    Mak saya pesan suruh cari lelaki yang betul-betul sayangkan kita, bukan kita yang terhegeh-hegeh, sedangkan dia tak kisah pun. Cuba tanya pendapat orang tua mereka lebih arif. Wallahualam.

  9. SangPelangi says:

    hihi.. mula-mula ‘nantonaku’ terkejut dengan komen phu ying. Naka-naka phuying seorang wanita. Atarimai,jyan?

    Bila fikir-fikir balik, komen PhuYing ada betulnya.
    Sangat telus.

    P/S: err..saya ni mcm tak beri pandangan apa-apa pun ek? ngehehe..

  10. ahmoi says:

    tgklah sapa yang salah dulu…kalau dia yg salah..knp tidak dia beralah n mengaku…tp andai diri sendiri salah beralah sahaja…keegoan tak kemana…

  11. MK Farhan says:

    Baik bercerai untuk memberikan kesedaran.Dalam tempoh idah,pasti si suami mohon rujuk kembali andai sayang masih ada.

    Contohi Abby Abadi dan suaminya:)

    Farhan>>> ni kisah bakal suami dan bakal isteri. bukan suami isteri ekekekekeke.

  12. Kak Sri Diah says:

    Rudy;
    Tak kira siapa yang memulakan, yang penting niat. Kalau dah selalu mulakan dulu, jangan mengeluh. Itu maknanya tak ikhlas.

    Kak sri>>> yup yang lepas tu sudah ikhlas. Tapi untuk kali ini dan akan datang malas untuk memulakan lagi kerana ia langsung tidak dihargai.

  13. zany says:

    untuk kekalkan perhubungan perlu ada sifat saling memaafkan. Kadang kita kena usaha dulu, kadang pasangan kita dulu, lihat kepada keadaan. Jangan dua2 ego lebih. kalau salah seorang terlalu ego, bila pasangan dah usaha dan mengalah pun nak besar kepala juga, memang sakitlah. Buat apa teruskan perhubungan. Bila berkahwin lagi banyak benda nak kena bertolak ansur, macam mana?

    Zany>>> nasihat yg baik kpd pasangan anak didik saya itu.

  14. Rudy says:

    phuying>>> feminin.

    amoi>>> setuju.

    irfan>>> nantonaku darou?

  15. john melawi says:

    dalam perhubungan, mesti ada give and take. benda tu biasa aku dengar untuk nasihat orang. jadinya, itu memang berguna. tapi jikalau dua2 ego2, buat macam zany cakap tu. betul, sudah kahwin lagi banyak perkara perlukan kesepakatan.

  16. esuzana says:

    tapi…kalau kata-kata itu sangat melukakan?perlu ke kemaafan itu?atau biarkan saja..?

  17. ayobkelubi says:

    perkara meminta maaf kadang2 lebih sukar dari memaafkan memandang ada satu sifat yang dinamakan EGO tu. tolak tepi EGO tu kemudian memaafkan dan meminta maaf akan get along. percayalah!..

  18. emelly says:

    err..kalau yang memulakan pergeseran antara dua hati yang nak bersatu itu pihak ketiga, yakni orang yang lebih tua, macamana tu? fenin..fenin…tak boleh ‘sentuh’ bab orang tua ni..

  19. Rudy says:

    esuzana>>>> maafkan adlh terbaik.

    ayobkelubi>>> yup mari kita runtuhkan ego itu.

    emelly>>> eheheh ala org tua pun boleh dinasihati.

Comments are closed.