PENGGUNA MERDEKA

Ironi sekali konsumer di Malaysia banyak tertipu dengan komersialisasi di media. Aku cuba perhatikan satu iklan penyembur aerosol untuk membunuh sang nyamuk. Kononnya, mereka mencipta satu teknologi baru dengan dua muncung semburan. Omongnya, lebih tepat semburan ke arah nyamuk dan kawasan liputannya jauh lebih luas.

Tetapi, terfikirkah kita, sebagai konsumer untuk melihat agenda sang pembuat ini. Hanya memikirkan untuk mengaut ringgit dari kantung konsumer. Nah! Ironi sekali. Jika diperhatikan 2 muncung semburan itu sebenarnya akan menyebabkan aerosol yang terkandung dalam tong semburan itu akan segera habis dek kerana pintu semburan yang jauh lebih banyak. Justeru, jika selama ini kita boleh bertahan satu atau dua bulan untuk satu tong semburan itu, maka untuk produk dua muncung semburan yang diwarwarkan sebagai teknologi baru itu, akan menyebabkan konsumer tertipu. Entah-entah tidak sampai sebulan sudah habis digunakan.

Betapa bijaknya tenaga fikir manusia yang hanya ingin mengaut untung ini. Jadi, saranan aku. Elakkan membeli jenama merah kuning itu. Belilah yang biasa. Satu muncung semburanpun sudah cukup untuk membunuh sang nyamuk.

Alternatif lainnya, kalau kau lebih prihatin dengan ozon yang semakin bolong diterjah pemanasan global dek pelepasan gas-gas yang tak sepatutnya, usah beli langsung penyembur-penyembur aerosol itu. Satu pepatah dari negara Zimbabwe pernah aku baca dahulu; dunia ini bukan kita warisi dari nenek moyang kita. Tetapi kita pinjam daripada anak cucu kita. Seeloknya kita kembalikan alam ini kepada mereka dengan keadaan yang hijau dan tanpa kerosakan.

Jadilah konsumer merdeka.
Salam merdeka daripada Rudy Bluehikari.

* Terkesan dengan iklan Petronas; dua kanak-kanak sekolah rendah Melayu dan Cina yang ditanya tentang kisah cinta mereka.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

197 thoughts on “PENGGUNA MERDEKA”

  1. kingbinjai says:

    aku tak suka iklan tu. bukan bukan yang tentang nyamuk yang tentang cinta si kecil itu. aku benci.

  2. ayobkelubi says:

    mr gabriellaaaa?. hahaha,aku suka iklan petronas yang negera KITA tu.

    biasalah tu.iklan kan sebagai salah satu medium nak pengaruh org,terpulang kepada kita sbg pengguna.

    masalahnya di negara kita ini, kuasa pengguna telah jatuh merundum sangat berbanding dgn jepun dan uk ataupun us.

    kuasa peniaga yang menguasai negara kita sekarang ni. 🙁

  3. sinaganaga says:

    aku masih mood hari merdeka. so, malas nak kerja. wo ho.

  4. mEsoL says:

    site aku ada sediakan iklan petronas, korang boleh download direct. tak perlu guna tool apa-apa. best jugak buat koleksi iklan petronas ni

  5. Pingback: americasbestrx.com