Kalau ke Sabah, jangan lupa melepaskan peluang untuk merasai makanan lautnya yang segar. Ketika berkunjung ke Kota Kinabalu baru-baru ini atas urusan kerja, aku sempat dibawa oleh dua orang sahabat ke Restoran Nelayan berdekatan Tanjung Aru.
Mereka berdua berpakat mengenakan aku dengan siput laut atau nama tempatannya kahanga. Hidang siput ini amat terkenal di sini. Siput laut yang direbus ini enak dimakan dengan cili sos atau kicap bercili. Menurut sahabat aku, kahanga yang terdapat di laut sekitar Sempoerna ini ditangkap dan kemudiannya direndam semalaman untuk membuang pasir yang terperangkap dalam cengkerangnya.
* Gambar kredit http://ejon.fzone.com.my/
Pada mulanya aku rasa was-was untuk makan kerana bentuknya yang besar dan seakan-akan siput babi! Cara makannya juga susah kerana pemakan harus menggunakan lidi pencungkil gigi untuk mendapatkan sesungutnya yang berbentuk seperti kaki lipas (yeaksss!). Kemudian, ia harus ditarik dengan tangan sebelum seluruh isinya ditarik.
Kemudian, isinya yang tergantung panjang itu dicicah dengan sos atau kicap sebelum kita mendongak dan memakannya. Mula-mula apabila melihat aksi dua orang sahabat ini, aku jadi geli. Tetapi, selepas sekali mencuba, memang hendak lagi berkali-kali!!!
* Ketika entri ini ditaip, aku berada di Sandakan, Sabah. Malam esok kami akan cuba mendapatkan menu ini di Sandakan, yang aku difahamkan bahawa makanan laut di sini jauh lebih murah dari Kota Kinabalu.
wah seronoknya di sabah…masa akak gi KK dulu memang sakan makan seafood..pastu pulun membeli udang dan sotong di pasar…murah banget
kene dongak untuk makna? itu sudah macam cerita V!
ke sabah/sarawak, kena cuba semua makanan yang tak boleh jumpa kat semenanjung. kalau x, rugi!!! ;p
salam Tuan,
hset saya problem dan no.phone tuan hilang. blh tak sms saya dalam mase terdekat ni. saya ade sesuatu nak bincang. nanti saya call back.
Perghhhh!