Oktober tahun lepas, aku ke jabatan ini. Tanpa ada bilik sendiri. Berkotak-kotak barang yang dibawa dari jabatan lama tidak sempat untuk diadakan tempatnya. Terletak begitu sahaja selama hampir 10 bulan disawangi sarang labah-labah. Sehinggalah hari ini bekerja dengan ruang yang terhad. Kemudian hari ini juga, surat arahan pertukaran datang lagi. 15 Ogos ini aku berhijrah lagi.
Alhamdulillah. Allahlah segala ketetapan yang menentukan baik buruknya aku dalam kerjaya. Ya, kerjaya (baca:Ibadah) untuk aku terus menghambakan diri kepadaNYA. Meski sebentar cuma di jabatan ini, ia cukup bermakna. Terima Kasih untuk pengalaman. Terima Kasih segalanya; budi, pengalaman dan kemesraan.Â
pindah ke mana rudy?
dude kau pindah ke mana? jangan lah jauh jauh
Hanya DIA yg tahu…
Bila pahit itu akan manis akhirnya..
DIA juga yang tahu…
HIKMAH yang dijanjikan dlm setiap apa yg terjadi dlm hidup umatnya..
Insyallah..
Moga segalanya utk yg lebih baik Rudy!
Rudy, pindah lagi ke? Kali ni ke mana pulak? Isk, atas sbb apa pulak? Kesian kat kau.
Anyway, semoga Allah permudahkan.