Aku hantar suri ke KLIA menggunakan pengangkutan awam ERL yang laju itu. Suri berkursus seminggu jauh nun di pulau bebas cukai di utara. Dari stesen Putrajaya ke KLIA tidaklah kalut mencari jalan bagi kami yang kali pertama.
Tetapi ketika pulang, aku jadi sesat. Terdapat dua stesen berbeza ERL KLIA. Satu untuk yang terus ke KL Sentral tanpa henti. Satu lagi yang akan berhenti transit di stesen-stesen sepanjang laluan ke KL Sentral. Masalahnya, stesen itu terletak pada dua tempat berbeza yang menyukarkan pengguna. Sedangkan kedua-duanya menuju tempat yang sama iaitu KL Sentral. Aku tersilap ke stesen ERL yang akan terus ke KL Sentral tanpa henti.
Kemudian, dengan muka tebal, terpaksa menaiki eskalator ke tingkat 3 KLIA sebelum turun semula ke tingkat dua untuk ke Stesen ERL henti-henti itu. Hidup 4 tahun di Jepun dahulu aku tidak pernah mengalami perkara seperti ni. Stesen mereka mesra pengguna. Pengguna tidak akan terkeliru kerana stesen mereka bagi tempat tujuan yang sama terletak pada stesen yang sama sahaja. Hanya Platfom sahaja berbeza.Â
Hujan batu di negara sendiri. Aduh! Bertimpa-timpa batu itu atas badan aku. Sakitlah! Â
dude, itu tempat kerja lama aku
Yep! pun dah pernah kena sama kes macam tu.
Time pergi naik kenderaan jabatan.
Balik konon2 berlagak la nak naik erl tu.
Time nak beli tiket dia kata ni erl ekspress.terus gi kl central.
Dia tunjuk tempat erl yang berhenti-henti tu.Kalau tak tunjuk mesti tak jumpa.Tempatnya jauh dari klia ekspress tu!
Orang yang jaga kaunter tiket tu boleh sound pulak
“ada bodyguard ke?”
sabar je lah.
hemph…itu baru satu destinasi ye dah dua platform…kalau mcm2 destinasi agaknya berapa platform la agaknya…
a’kum,
adat la tu bang… even kat sini pun 1st jejak kaki rasa malu kat negara sendiri. apa pun malaysia ttp the best…
waaaaa… rindu nasi lemakkk!!
K.
HE – dua platfom berbeza tak per tapi kalau dua stesen berbeza itu memang pelik.
King – tmpt jatuh lagi dikenang. wpun ada darah yang melukakan perasaan.
wan k – aik… rindu nais lemak je? tak rindu abg? hahahaha
rainbow – samalah kita! uhuk2
Speech on the health of the penis, exercises, penis enlargement pills, anatomy of the woman, clitoris, informations on sex, positions, health and much more. Visit: http://www.sinepenis.com