SURI DAN KECEKALAN

Kau tahu, aku mengambil masa untuk menyampaikan berita buruk itu kepada Suri. Aku seperti tidak sampai hati. Bimbang dan kerisauan begitu memagut hati. Adakah dia akan mengalirkan air mata? Adakah ia akan itu? Akan ini? Begitu buruknya persepsi diri sehingga aku nekad jua akhirnya.

Nah, begitulah ketentuan Ilahi. Teman hidupku ini memang dilahirkan untuk menemani aku, suaminya yang mudah alah dengan derita. Dia tabah. Tiada langsung riak sedih dan mendung di hatinya. Walaupun berita itu bakal mewarnai hidupnya. Adakah Suri menangis di dalam hati? Tetapi, suri yang aku kenali tidak begitu. Dialah wanita cekal dan tabah mengharungi kesukaran dalam hidup. Aku akui itu. Betapa hebatnya kewajaan hati yang Allah berikan kepadanya. Sehingga aku tak terlihat kekalahan dan putus-asa dalam dirinya.

Terima Kasih Ya Rabb,
Mengurniakan wanita besi sepertinya menjadi teman sisiku.
Tidak. Sekali-kali tidak akan aku persiakan anugerah terindah yang Tuhan berikan kepada aku. Moga-moga Allah pelihara Suriku meskipun kami diduga Tuhan dalam hidup.
Cinta kerana Allah, itulah nikmat yang tak terungkap.
Ya, aku benar-benar berharap. Ya, Rabb!

*Suri, kita harung sama-sama ya kesakitan itu!

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

13 thoughts on “SURI DAN KECEKALAN”

  1. aliff says:

    Sifatnya wanita lemah lembut diluar, keras didalam. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia. Jazakallah untuk suri hidup abang rudy.

  2. kak zira says:

    Rudy, tabahkan hati teguhkan iman berserah diri kepada ALLAH. Akak yakin rudy dan sui ammpu mengharunginya.

  3. kignbinjai says:

    dude, what happen? anyway semoga kau tabah.

  4. BASRI says:

    aku doakan kalian baik-baik sahaja hendaknya.

  5. salwa a.k.a tipahlawa says:

    Aku pun tertanya2.. Berita apa agaknya Rudy..

  6. Pingback: Matthew
  7. Pingback: americasbestrx.com

Comments are closed.