Alif, Sepetang semalam di The Ship KL ada majlis keraian. Jemputan Kak Wan Mahani Wan Hassan; Editor Majalah Maskulin, kakak angkat semasa mengaji di UM aku terima dengan hati gembira. Best Dress Award aku terima malam itu dengan hadiah macam-macam termasuk sebotol haruman idaman. Kepada Kak Wan, Terima Kasih atas jemputan. Juga terima kasih kepada perunding busana aku malam tadi [anda tahu diri anda yang menyumbang kemenangan ini!].
Ketika keluar sebentar ke BB Plaza untuk solat Maghrib, aku lihat keadaan Jalan Bukit Bintang yang dipenuhi remaja dan belia. Mereka asyik dengan dunia keseronokan sendiri. Sebenarnya aku suka melihat kelibat manusia. Sayang sekali, aku tidak bawa kamera bersama untuk merakamkan aksi mereka. rencam pelbagai ragam. Lebih banyak yang mundar mandir dan melepak. Tetapi, adalah juga seorang dua yang duduk santai sambil menghirup kopi dan membaca buku. Takjub sekali dengan mereka ini. Masih boleh fokus membaca dalam hiruk pikuk malam minggu warga kota. Dan amat takjub sekali, surau di tingkat atas BB Plaza itu lengang dengan bilangan jemaah yang boleh dikira dengan jari.
Ba, Dalam perjalanan pulang, sempat singgah sebentar di Maskara 10, di rumah PENA. Memenuhi jemputan sahabat Sindiket Sol-Jah. Sama-sama memberi sokongan kepada usaha baik ini. Aku suka Maskara pada malam minggu. Kerna, ia berjaya menarik ramai anak muda untuk turut serta dalam aktiviti yang punya impak ilmu. Bayangkan anak muda pelbagai ragam dan rupa, yang seringkali sinonim dengan aktiviti rempit, melepak dan segala macam gejala sosial boleh duduk santai di rumah PENA. Sangat bermanfaat daripada duduk melepak membuang masa atau merempit dijalanan pada malam minggu di tengah kota.
Sekalung tahniah kepada Sindiket Sol-Jah yang berjaya menganjurkan program setiap dwi bulanan ini. Aku harap boleh diadakan pada tiap-tiap bulan.
“Bagus juga, kalau tidak lantai rumah PENA lebih tebal debunya disebabkan jarang digunakan”, Kata Cik-Madu-Yang-Tidak-Pernah-Bermadu yang terkenal dengan celotehnya di sebelah aku malam tadi.
Tha, panggilan telefon sahabat sekerja malam tadi juga mengujakan. Kalau benarlah berita itu, maka benarlah. Allahlah yang meribakan rezeki kepada setiap satu makhluknya. Bukan Ketua Jabatan kita sebenarnya. Aku telan itu. Telan hadam di dalam diri. Kalau bukan rezeki kita, kia terima dengan redha. Jazakallah sahabat!
Semalam adalah hari yang hangat.
Hangat menjadikan lengan aku sebagai bantal tidur sicilik yang merindui Suri. Suri yang jauh berkursus di Pantai Timur.
* Rakaman terima kasih juga buat akhbar Sinar Harian terbitan Karangkraf yang memaparkan entri bluehikari semalam di akhbar mereka hari ini.Â
mmg hangat..
salam ziarah.
menghulur masuk setelah ikut membuka kasut.
sinar harian mencatat alamat anda.
selamat datang pula menjadi tamu pulau melaka.
thafiexq>>> tak panas kan?
abdulhadimuhamad>> Salam kenal. Selamat datang ke teratak buruk hamba. Insyaallah berkunjung ke rumah tuan nanti.
hangatttttt….
asuhara>>> natsu da kara ne?
nak tengok keratan akhbar tu…
nak tengok dressnyer…hehehe
ha’ah scan la keratannya rudy
Salaam bro..
aku ‘cuba’ ajak sultanmuzaffar tapi dia pegi event lain.. so, nx time ko pulak ajak dia!.. huhu!
shahadans>>> aku xterpotong lagik. nanti ek.
OP>>> tak smpt lagik la op.
ajami>>> hahaah kau nak aku gunakan magis aku ek. ok nanti aku magiskan SM biar dia dtg. dia skrg dah public figure susah sket ekekkee..