{"id":455,"date":"2008-08-28T09:20:38","date_gmt":"2008-08-28T01:20:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=455"},"modified":"2008-08-30T22:36:54","modified_gmt":"2008-08-30T14:36:54","slug":"ribut-ribut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=455","title":{"rendered":"RIBUT-RIBUT"},"content":{"rendered":"<p><em><strong>&#8220;yang menarik aku datang tonton teater ini,\u00c2\u00a0&#8230;&#8230;&#8230;. dan keempat sebab nak tengok pembawa watak coffee boy . tak sangka rudy hebat di pentas teater. terpegun dengan karakternya sehingga setiap kali muncul, pandanganku yang menekuni zack bermonolog teralih.&#8221; <\/strong><\/em><a href=\"http:\/\/audiiwana.blogspot.com\/2008\/08\/2-jam-sebelum-pementasan-rupanya.html\" target=\"_blank\"><em><strong>Ryaan<\/strong><\/em><\/a><em><strong>.<\/strong><\/em><\/p>\n<p>Pementasan semalam memang mencatat rekod. Rekod kerana jumlah penonton yang sedikit kerana ramai yang terperangkap dalam banjir kilat di Kota Lumpur <u>[BACA:Kalian yang tak dapat datang semalam, boleh guna tiket untuk menonton hari ini]<\/u> dan juga kerana kesukaran untuk sampai ke tempat pementasan. Seperti memandu ke Kuantan layaknya. Padahal hanya mahu ke Universiti Malaya. Keluar rumah jam 4.30 petang. Tetapi hanya sampai 3 minit sebelum jam 7 malam. Bayangkan betapa azabnya memandu dalam keadaan hujan lebat hingga tak nampak jalan, air yang sudah naik ke paras betis dan kesesakan lalu lintas.<\/p>\n<p>Aku sampai di pintu UM jam 6.30 petang. Tetapi disebabkan air naik sampai melimpah ke pintu pagar UM, kesesakan lalulintas berlaku. Hanya beberapa meter sahaja melepasi pintu pagar, tiba-tiba Keselamatan UM menutup pintu pagar. Aduh! Tepuk dahi aku dibuatnya. Dahlah tak makan lagi. <em>Warm up<\/em> tak lagi. Tak masuk dalam <em>character<\/em> lagi. <em>Make up<\/em> tak lagi. Aku pusing semula turun ke Lebuhraya Persekutuan sebelum susur keluar di Bangunan KWSP. Dari situ aku masuk UM melalui pintu belakang.<\/p>\n<p>Malam semalam ada sedikit kenakalan yang aku buat ketika meladeni watak Raja Merlang itu. Seronok sangat. Tetapi mungkin kerana penonton penat mengharung kesesakan lalulintas, maka suara respon\u00c2\u00a0mereka agak sunyi berbanding hari pertama dan kedua. <u>[BACA:Kalau kalian nak ketawa sila ketawa kuat-kuat. Respon dibenarkan kerana Teater ini adalah gaya Boal]<\/u>.<\/p>\n<p>Malam ini malam keempat. Dewan dijangka penuh ditambah dengan penonton semalam yang tidak dapat hadir!<\/p>\n<p><strong>&#8220;Huh! Baru berlakon satu drama, dah berangan. Dia ingat, dia <em>handsome<\/em> sangat, macam Hero Mistik si Farid Kamil tuh!&#8221;, Aku.<\/strong><\/p>\n<p>Farid Kamil yang duduk di barisan hadapan sekali auditorium APIUM terpempan. Aku rasa nak gelak dengan perubahan saat akhir dialog bersubteks itu. Kerja Faisal Tehrani memang gila-gila.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;yang menarik aku datang tonton teater ini,\u00c2\u00a0&#8230;&#8230;&#8230;. dan keempat sebab nak tengok pembawa watak coffee boy . tak sangka rudy<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=455\" class=\"more-link\">Continue reading<span class=\"screen-reader-text\">RIBUT-RIBUT<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":["post-455","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-2-jam-sebelum-sultan-alauddin-syahid-diracun"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/455","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=455"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/455\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=455"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=455"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=455"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}