{"id":429,"date":"2008-08-03T12:37:13","date_gmt":"2008-08-03T04:37:13","guid":{"rendered":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=429"},"modified":"2008-08-04T08:03:13","modified_gmt":"2008-08-04T00:03:13","slug":"semalam-yang-hangat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=429","title":{"rendered":"SEMALAM YANG HANGAT"},"content":{"rendered":"<p>Alif, Sepetang semalam di The Ship KL ada majlis keraian. Jemputan Kak Wan Mahani Wan Hassan; Editor Majalah Maskulin, kakak angkat semasa mengaji di UM aku terima dengan hati gembira. <em>Best Dress Award <\/em>aku terima malam itu dengan hadiah macam-macam termasuk sebotol haruman idaman. Kepada Kak Wan, Terima Kasih atas jemputan. Juga terima kasih kepada perunding busana aku malam tadi [anda tahu diri anda yang menyumbang kemenangan ini!].<\/p>\n<p>Ketika keluar sebentar ke BB\u00c2\u00a0Plaza untuk solat\u00c2\u00a0<u>Maghrib<\/u>, aku lihat keadaan Jalan Bukit Bintang yang dipenuhi remaja dan belia. Mereka asyik dengan dunia\u00c2\u00a0keseronokan sendiri. Sebenarnya aku suka melihat kelibat\u00c2\u00a0manusia.\u00c2\u00a0Sayang sekali, aku tidak bawa\u00c2\u00a0kamera bersama untuk merakamkan aksi mereka. rencam pelbagai ragam. Lebih banyak yang mundar mandir dan melepak. Tetapi, adalah juga seorang dua yang duduk santai sambil menghirup kopi dan membaca buku. Takjub sekali dengan mereka ini. Masih boleh fokus membaca dalam hiruk pikuk malam minggu warga kota. Dan amat takjub sekali, surau di tingkat atas BB Plaza itu lengang dengan bilangan jemaah yang boleh dikira dengan jari.<\/p>\n<p>Ba, Dalam perjalanan pulang, sempat singgah sebentar\u00c2\u00a0di <a href=\"http:\/\/sol-jah.blogspot.com\/2008\/07\/maskara-x.html\" target=\"_blank\">Maskara 10<\/a>, di rumah PENA. Memenuhi jemputan sahabat Sindiket Sol-Jah. Sama-sama memberi sokongan kepada usaha baik ini. Aku suka Maskara pada malam minggu. Kerna, ia berjaya menarik ramai anak muda untuk turut serta dalam aktiviti yang punya impak ilmu. Bayangkan anak muda pelbagai ragam dan rupa,\u00c2\u00a0yang seringkali sinonim dengan aktiviti rempit,\u00c2\u00a0melepak dan segala macam gejala sosial boleh duduk santai di rumah PENA. Sangat bermanfaat daripada duduk melepak membuang masa atau merempit dijalanan pada malam minggu di tengah kota.<\/p>\n<p>Sekalung tahniah kepada Sindiket Sol-Jah yang berjaya menganjurkan program setiap dwi bulanan ini. Aku harap boleh diadakan pada tiap-tiap bulan.<\/p>\n<p>&#8220;Bagus juga, kalau tidak lantai rumah PENA lebih tebal debunya\u00c2\u00a0disebabkan jarang digunakan&#8221;, Kata <a href=\"http:\/\/madulebah.blogspot.com\/\" target=\"_blank\">Cik-Madu-Yang-Tidak-Pernah-Bermadu<\/a>\u00c2\u00a0yang terkenal dengan celotehnya di sebelah aku malam tadi.<\/p>\n<p>Tha, panggilan telefon sahabat sekerja malam tadi juga mengujakan. Kalau benarlah berita itu, maka benarlah. Allahlah yang meribakan rezeki kepada setiap satu makhluknya. Bukan Ketua Jabatan kita sebenarnya. Aku telan itu. Telan hadam di dalam diri. Kalau bukan rezeki kita, kia terima dengan redha. Jazakallah sahabat!<\/p>\n<p>Semalam adalah hari yang hangat.<br \/>\nHangat menjadikan lengan aku sebagai bantal\u00c2\u00a0tidur sicilik yang merindui Suri. Suri\u00c2\u00a0yang jauh berkursus di Pantai Timur.<\/p>\n<p><strong>* Rakaman terima kasih\u00c2\u00a0juga buat\u00c2\u00a0akhbar Sinar Harian terbitan Karangkraf yang memaparkan entri bluehikari semalam di\u00c2\u00a0akhbar mereka hari ini.<\/strong>\u00c2\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alif, Sepetang semalam di The Ship KL ada majlis keraian. Jemputan Kak Wan Mahani Wan Hassan; Editor Majalah Maskulin, kakak<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=429\" class=\"more-link\">Continue reading<span class=\"screen-reader-text\">SEMALAM YANG HANGAT<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-429","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=429"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/429\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}