{"id":116,"date":"2007-07-05T12:51:44","date_gmt":"2007-07-05T04:51:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=116"},"modified":"2007-07-05T12:51:44","modified_gmt":"2007-07-05T04:51:44","slug":"bawang-putih-bawang-merah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=116","title":{"rendered":"BAWANG PUTIH BAWANG MERAH"},"content":{"rendered":"<p>Suri pulang\u00c2\u00a0petang\u00c2\u00a0itu dengan cerita muridnya. Aku menjadi pendengar setia. Sesetia Shah Jehan kepada isterinya.\u00c2\u00a0Murid perempuan yang aku namakan sahaja dia dengan A. Kata suri dia perhatikan A sekian lama. Sejak awal tahun persekolahan.<\/p>\n<p>Katanya A pasif di bilik darjah. Sering menyendiri. Apabila ditanya, suara yang keluar antara dengar atau tidak. Kedengaran berbisik. Apabila bertutur dengan Suri, matanya terdorong ke lantai. Seperti takut untuk bertentang mata dengan guru sendiri. Guru yang tidak sabar pasti amuknya segera memecah sunyi. Tetapi, syukur sifat ibu yang ada pada\u00c2\u00a0suri, aku kagumi kerana itulah ciri-ciri wanita pilihan aku, tidak gempita amuk marahnya.<\/p>\n<p>Penampilan A pula agak menyedihkan. Baju kurung yang nipis seperti sudah beberapa tahun tidak berganti. Koyak dan bertampal di sana sini. Tudung yang sudah kusam warnanya. Sering dinila supaya nampak baharu. Tragis sekali, anak ini bersekolah di kalangan anak-anak orang berada di tengah bandar Kota Lumpur.<\/p>\n<p>Suri menyiasat ke akar umbi. Sementalah, kemerosotan pelajaran A begitu ketara sekali. Maka pecahlah rahsia selama ini. Rupa-rupanya, A hidup dalam keluarga berantakan. Ibu\u00c2\u00a0menghilangkan diri entah ke mana. Ayah berkahwin lain demi kelangsungan hidup. Dan benarlah stigma keperitan hidup bersama ibu tiri itu terpalit kepadanya. Pulang ke sekolah jadi hamba pula dia. Membasuh, menyidai dan melipat pakaian, mengemas rumah, menyuap makan adik-adik tiri dan seribu satu kerja yang upahnya\u00c2\u00a0sepinggan makan malam. Itupun lewat dinihari. Begitulah rutin\u00c2\u00a0hidupnya setiap hari.\u00c2\u00a0<\/p>\n<p>Aku seperti tidak percaya. Ada lagikah manusia seperti\u00c2\u00a0lagenda\u00c2\u00a0Bawang Putih Bawang Merah\u00c2\u00a0di abad dua puluh satu ini? Mitos apakah ini? Suri guru baharu. Guru yang masih bertatih. Jadi, tindak\u00c2\u00a0lakunya\u00c2\u00a0masih kurang pengalaman. Oleh itu, kes pelajar A ini diserahkan kepada Kaunselor sekolahnya. Moga-moga ada tindak penyelesaian untuk dirinya.<\/p>\n<p>Terima Kasih Tuhan, kerana meminjamkan sifat Arrahman Arrahimmu kepada Suri. Moga-moga Suri\u00c2\u00a0menjadi guru yang sangat memahami. Sebagaimana seorang ibu yang mengasihi anak kandungnya. Lembut elus tangannya mengusap ubun-ubun darah dagingnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suri pulang\u00c2\u00a0petang\u00c2\u00a0itu dengan cerita muridnya. Aku menjadi pendengar setia. Sesetia Shah Jehan kepada isterinya.\u00c2\u00a0Murid perempuan yang aku namakan sahaja dia<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?p=116\" class=\"more-link\">Continue reading<span class=\"screen-reader-text\">BAWANG PUTIH BAWANG MERAH<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-116","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/116","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=116"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/116\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}