{"id":2,"date":"2007-01-10T10:20:28","date_gmt":"2007-01-10T02:20:28","guid":{"rendered":""},"modified":"2021-05-28T01:38:12","modified_gmt":"2021-05-27T17:38:12","slug":"about","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?page_id=2","title":{"rendered":"ABOUT"},"content":{"rendered":"<p align=\"center\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>TENTANG<\/strong>\u00a0<\/span><\/p>\n<p align=\"center\">Blog Bluehikari; dari Banting ke Fukushima\u00a0lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima, Jepun\u00a0dan seterusnya di kampung halaman; Banting, Selangor. Rudy diduga Tuhan dengan sakit misteri sejak di tahun akhir pengajian di Fukushima. Tetapi dia optimis dengan hidup. Dia berusaha mencari penawar sakitnya. Alhamdullillah keadaannya kita jauh lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2000 dahulu.<\/p>\n<p align=\"center\">Rudy berhijrah ke Jakarta pada 2010 dan kembali ke tanahair 3 tahun kemudian. Di dalam blog ini juga tercatat pengalaman hidup beliau; dari Serdang ke Jakarta.<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>ANUGERAH<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"http:\/\/bluehikari.com\/images\/padibluehikari.jpg\" \/>Bluehikari.com ialah pemenang Anugerah Weblog Terbaik 2001.<\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>VISIBILITI MEDIA<\/strong><\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><img decoding=\"async\" title=\"nst 2001\" src=\"http:\/\/www.bluehikari.com\/images\/nst.jpg\" alt=\"nst 2001\" align=\"middle\" \/><\/p>\n<p align=\"center\"><em>&#8220;You may want to read it if you want to savour his experiences in Japan.&#8221;, Dr. Zoraini Wati Abas, &#8220;Web Sites Oozing with Creativity&#8221;, Kolum Net @ Talk, sisipan Computimes, The New Straits Times Press. 11 Oktober 2001.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><strong>Penangan Blog. Sisipan Dimensi, Berita Minggu 20 April 2008<\/strong><br \/>\n<strong>Oleh Ziauddin Sharuddin<\/strong><\/p>\n<p>MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year\u2019 atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.<\/p>\n<p>Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.<\/p>\n<p>Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.<\/p>\n<p>Blog media baru berpengaruh<\/p>\n<p>KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.<\/p>\n<p>Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.<\/p>\n<p>Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.<\/p>\n<p>Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.<\/p>\n<p><strong>Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.<\/strong><\/p>\n<p>Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.<\/p>\n<p>Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.<\/p>\n<p><strong>Bluehikari atau nama sebenarnya, Rudy LM, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.<\/strong><\/p>\n<p>Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.<\/p>\n<p>Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, WordPress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.<\/p>\n<p>Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.<\/p>\n<p>Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.<\/p>\n<p>Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.<\/p>\n<p>Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.<\/p>\n<p>Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.<\/p>\n<p>Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.<\/p>\n<p>Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.<\/p>\n<p>Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.<\/p>\n<p>\u201cPengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.<\/p>\n<p>Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.<\/p>\n<p>Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri<\/p>\n<p>LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.<\/p>\n<p>Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.<\/p>\n<p>Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.<\/p>\n<p>Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.<\/p>\n<p>Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.<\/p>\n<p>\u201cTiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.<\/p>\n<p>Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.<\/p>\n<p>Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.<\/p>\n<p>Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.<\/p>\n<p>Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.<\/p>\n<p>Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENTANG\u00a0 Blog Bluehikari; dari Banting ke Fukushima\u00a0lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/?page_id=2\" class=\"more-link\">Continue reading<span class=\"screen-reader-text\">ABOUT<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-2","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/pages\/2","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/pages\/2\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2655,"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/pages\/2\/revisions\/2655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.bluehikari.com\/nikki\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}