BERI

“Kau ni asyik beri, beri, beri je apa yang ada pada orang lain. Apa yang ko tinggalkan untuk diri kau pulak? You always give, give, give…”, Aku quote kata-kata Jimi di entrinya hari ini.

Terkadang pertolongan yang diberi seringkali disalah tafsir. Menolong untuk mendapatkan “hasil” katanya. Benarlah hati manusia, Tuhan jadikan tanpa boleh dibaca. Keikhlasan hanya boleh diukur oleh DIA. Bukan manusia yang hanya boleh menelah sahaja.

Benarlah juga, bila kebencian sudah sarat di dada, satu sahaja perkara burukpun menjadi nista, sindir dan cerca. Lama dan berjela-jela. Kita bagai lupa semua kebaikan yang telah diterima. Apatahlagi kenangan indah yang manis dan rasa teruja.

“Ditolong mentong!”, Kata orang Jawa.

Irfan bingkiskan doa untuk aku semalam. Daripada bondanya untuk diamal.

“Rabbi yassir wa laa tu’assir. Rabbi tammim bilkhair”. Terima kasih Fan. Ada tenang diriak gelora dalam dada.

* ditolong mentong – sudah kita tolong, dia pukul kita pula. 

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

6 thoughts on “BERI

  1. kaktiny says:

    dah lumrah kehidupan macam tuh kan.. kalau tidak takder lah syurga neraka.. takder lah dosa pahala.. satu jalan satu arah jer lah kita semua..

    tapi hidup ni kan penuh pilihan dan byk cabang rintangan, dugaan, godaan, hasutan dsbgnya..

    tapi tetap.. hidup ini penuh warna warni dan hitam juga kelabu tak terkecuali.. meskipun putih adalah dasarnya…

  2. Amiene Rev says:

    Manusia ni adakalanya pelik, kita menolong mereka, mereka fikir mereka raja dan kita hamba pula.

    Gi mana ni, mas?

  3. hazri says:

    nak memberi jgn smpai terlebih beri, hehehe…btw, doa tu memang elok diamalkan masa susah. Wahai Tuhanku Kau permudahkanlah dan jangan Kau susahkan…

  4. aliff says:

    Ya Allah, permudahkanlah dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh kekandaku ini. Amin.

  5. amyz says:

    yg penting kita ikhlas memberi tanpa harap balasan.

    insya Allah. Allah berikan rezeki dengan cara lain pula. 🙂

  6. Rudy says:

    kaktiny>>> macam2 ragam manusia ni.

    aliff>>> amin, jazakallah

    amyz>>>> setuju dgn amyz.

    hazri>>> sinis sekali.

    amin>>> akhirul zaman…begitulah

Comments are closed.