BODOH

Pernah dibahasakan bodoh oleh orang? Mungkin ada dalam kalangan kalian yang tak pernah langsung melalui perkara ini. Aku? Pertama kali dipanggil bodoh semasa mengaji di AAJ, UM dahulu. Pensyarah aku bukan orang Malaysia. Bangsa penjarah negara kita satu masa dahulu. Aku ini tidak suka subjek matematik. Dan dalam kalangan orang yang mendapat warna merah setiap kali peperiksaan atau ujian. Maka, kerana lembabnya otak aku itu, seringkali aku mendapat hadiah perkataan “bodoh” oleh pensyarah aku yang seorang ini. Siapa tidak kenal Suetsugu Sensei. Kecut diri ini bila dia melangkah masuk ke kelas. Cukuplah dia gawangkan tangannya yang ada tanda lahir berwarna merah itu, satu kelas diam menikus.

Semasa mengaji di Fukushima dahulupun aku lalui saat yang sama. Di sana aku berkerja sambilan di sebuah kedai buku terpakai di Noda Machi, pinggir bandar Fukushima; Book Off namanya. Tenchou (Ketua Kedai) sangat garang. Pantang silap sedikit mesti pekerjanya mendapat “bodoh”. Tetapi bukan aku seorang sahaja yang dapat “bodoh”, semua pekerjanya dilayan sama rata walaupun aku bukan sebangsa mereka.

Ironinya ketika bekerja sebagai Pegawai Khas kepada CEO Jepun di sebuah syarikat Jepun, aku semakin masak diasak perkataan “bodoh” ini. Setiap hari kalau tak dapat “bodoh” memang tidak sah. Disebabkan kelembapan ekonomi negara pada tahun 2001 itu, aku tahan sahaja bekerja. Ini mungkin kerana aku pernah dihadiahkan perkataan itu sebelum ini semenjak belajar lagi. Sudah lali. Ada orang apabila dihadiahkan “bodoh” akan cepat melenting. Marah dan sekepal penumbuk mungkin singgah di muka pengucap. Tetapi, aku diam dan senyum. Dalam hati mahu perbaiki diri jadi pandai lagi. InsyaAllah.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

19 thoughts on “BODOH

  1. tentangseseorang says:

    kalau org kata aku bodoh. aku selalu buat bodoh. think the +ve 🙂

  2. Crayon says:

    aku juga pernah diherdik bodoh kerana bertanyakan soalan yang pada sensei aku (seorang warga Jepang) adalah soalan bodoh. Maka..selepas itu, aku tak pernah bertanya soalan lagi kepada beliau.

  3. warispengiran says:

    setuju…kalau ‘dihadiahkan” perkataan itu, diam sajalah…biar hati sejuk sendiri. kalau difikirkan sgt, mungkin lain jadinya…

  4. SangPelangi says:

    Oh.. please..
    Aku dah serik. Bukan bodoh je aku dapat. Siap tunjal-tunjal lagi ada. Nasib baik aku tak mengamuk ngan sensei Jepun aku tuh.

    Aku tak sabar nak balik Malaysia ni. Biarlah teruk mana Malaysia tu. Tapi, untuk mengatakan aku Bakka, rasa macam nak layangkan keyboard ni kat muka dia.

    Ya Allah. Kau berikanlah aku kesabaran.. sikit je lagi ni.. hehe..

  5. si dugong says:

    Fui yo! bukan orang jepun ni kaya sopan santun ka? haha

    Aku kerja dengan cina dah 12 tahun… macam2 jenis maki ada…HAHA

  6. snm says:

    heh! dlm hati selalu ckp mcmni.
    “nampaknya dia seorang shj pandai dlm dunia ni. klu semuanya pandai, siapa nk jd bodoh ye?”
    mengomel smbl melepaskan sumpah seranah. tp dlm hati jek :p

  7. miezi says:

    dlm konteks masyarakat kt, mungkin agak kasar nk membodohkan seseorang yg kadang kala sedia bodoh. kita kan penuh budi bahasa gitu.eheh 🙂

  8. waterlily says:

    Saya selalu saja disangka bodoh..kadang kala mereka berbcakap tentang saya seolah saya budak kecil yang tidak mengerti apa pun.

    Walau dah biasa, sebagai manusia kadang saya marah sungguh.

  9. suara says:

    Rasanya saya tak pernah diherdik bodoh. Mungkin pernah, tapi dah lupa.

    Tapi saya mmg ingat masa keje dgn cina yg suka sebut perkataan f***. Kerana tak tahan telinga, saya mintak mgr sampaikan teguran dan rasa tak senang saya dgn mulut jahatnya. Terus melalui mgr tu jugak, dia mintak saya berhenti kerja 24 jam notis. huhu… Saya sahut cabarannya, berhenti dan menganggur. Selepas berenti keje dgn dia, rezeki saya makin murah… Alhamdulillah.

    ps: kurang satu kereta dijalanraya sbb rudy tak balik raya kat Kelantan. 🙂 Tapi rasanya laluan ke sana tetap jem.
    🙁

  10. ayobkelubi says:

    hahaha,kantoi,aku pun selalu kena gak BODOH tu tapi mmg aku nie jenis sengal tak ingat punya,skang nie turn anak murid aku lak kena, yang mana slow2 tu sure kena se das…”kalau anda tak suka,anda boleh keluar dari kelas ini”.itu ayat ending aku lepas ckp BODOH kat derang.

  11. SangPelangi says:

    Adakah dengan perkataan BODOH dapat memandaikan anak murid? Bukankah mereka akan memberontak nantinya?
    Maaf cakap, aku cukup anti guru yang menyumpah seranah.
    Idola aku cuma pada guru yang tegas, tapi mengawal mulutnya dari sumpah seranah. Doa guru lebih dimakbul Tuhan. Jadi, bermanis mulutlah wahai guru sekalian.

    Seperti ibu yang sedang memarahi anaknya, setiap perkataan itu menjadi doa buat anaknya nanti.

  12. Faizah says:

    Salam.

    En Rudy. Baka dan bagero apa bezanya?

    Saya rasa saya pun selalu dianggap bodoh oleh orang lain, terutamanya yang lebih tua dari saya. Biasa jugak la dengan pandangan rendah orang ni.

    Tapi bila itu terjadi saya akn cuba memperbaiki diri. Energy geram tu digunakan untuk membaiki diri. Macam balas dendam la pulak kan?

  13. thafiexq says:

    every word that we said include cursing is doa.
    i know this entry is direct to the face. and its me.
    thanks a lot

  14. amyz says:

    pernah dimaki bodoh juga. sedih hati tak terkira sgt2. huhu.

    ayah, mak & famili mmg di-banned guna word bodoh. pantang.

  15. Rudy says:

    sahabat sekalian>>> kita elakkanlah perkataan bodoh. kdg2 mulut aku nipun terslip jugak. kena cepat2 minta maaf.

Comments are closed.