FUH!

Benarlah apa yang Kak Tiny kata, jangan fikir sangat apa yang orang telah buat kepada kita. Kalau difikir-fikir sangat nanti jadi dendam pula. Susah kalau syaitan sudah mencucuk jarum. Eh, bulan puasa ada syaitankah? Ada. Ada kata sahabat aku yang seorang ini. Syaitan bertopengkan manusia. Fuh!

Berlapang dada dan buat dek sahajalah.

* Semalam buka puasa di rumah Jaal. MasyaAllah. Sepanjang Ramadhan ini, inilah kali pertama aku iftar bertambah nasi. Lauk ikan keli masak lemak rebung, tumis kacang panjang dan lobak merah, ayam goreng rempah, sambal belacan tempoyak. Maha suci Allah yang memberi rezeki. Jazakallah.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

19 thoughts on “FUH!

  1. ryann says:

    kebetulan baru berbual dengan kawan tentang syaitan bertopeng manusia di bulan puasa ni. sedap lauk-lauk tu..menyelerakan selepas sahur berlalu ni

  2. Ungku Nor says:

    kita kena latih diri untuk menjadi seorang yang IGNORANCE.

    bukan la ignore tu untuk tak ambik berat langsung, cuma kita ignore dari segala macam benda yang menyakitkan hati.

    akak dulu2 pun susah gak nak buat tapi bila dah lama2..hmm..dah boleh adapt.

  3. warispengiran says:

    setuju…kdg2 takleh nak amik port sgt, nanti makin buat sakit hati dan bengang!
    semalm pun dpt jemputan buka puasa dkt rumah teman sekerja, lauknya besh2, tumis kacang panjang dgn cendawan, tempoyak, ikan pari masak asam, ikan terubuk masin dan sambal buah kedondong.sedap banget!!.alhamdulillah,rezeki ramadhan…

  4. asuhara says:

    ermm..saya pun setuju apa yg kak tiny katakan…sbb inilah yg saya sedang terus lakukan…dan dah rasa kesannya….

  5. tentangseseorang says:

    buat bodo…mempunyai kuasa pembalasannya tersendiri. percayalah cakap aku nih 😀

  6. ciksepi says:

    wahh..indahnya lauk!
    bulan puasa mmg tak ada syaitan. tapi kalau manusia bertopengkan syaitan tu, banyak betul. Ntah-ntah diorg tu mmg syaitan betul tak? hehe 😀

  7. mern says:

    sedapp…sayang diperintahkan doktor untuk jaga makan…sudah 8 ramadhan tidak bertambah nasi…

  8. aliff says:

    Salam,Abe Dy…guano? sihat ko?

    Ignorance…perlu untuk keselamatan jiwa raga sendiri!

    Jangan susah-susah ! Adik iftar di pejabat jer hari ini…hu!hu!

  9. lone ranger says:

    salam,

    buat je apa yang kita rasa betul…pandangan orang, manusia memang telalu banyak persepsi..aku berjuang untuk terus hidup secara yang diredhai oleh sang pencipta…MERDEKA seadanya sebagai seorang hamba..ignorance, kalau perlu aku lakukan demi membersihkan sekelumit hatiku yang hitam…setakat manusia nak cakap…cakaplah selagi mereka mampu…yang penting aku bersangka baik kepada sang pencipta kerna segalanya adalah darinya..tiada satu pun kepunyaanku…mahupun diriku adalah untuknya..

  10. snm says:

    salam encik rudy. stlh lama mjadi silent reader, br tpanggil utk komen di sini. abah saya pernah cakap, syaitan dirantai ketika ramadhan. dan sempat meninggalkan ayat utk saya berfikir “benarkah syaitan yang dirantai? bgmn dgn jin kafir & islam, iblis, Azazil?” tersentak saya sekejap. mmg xdpt jwpn. sbb kami sekeluarga sdg mengalami situasi yg lbh kurg sama encik rudy hadapi. dan kami msh lg berusaha utk memulihkan diri & semangat…

  11. SangPelangi says:

    Aku cari ikan keli di sini. Keli tak ada, Belut pun jaaadi.
    Rasa sedap macam keli juga. Tapi mahalnya, terbelalak biji mata. Haha..

  12. Rudy says:

    ryann>>>> guzen kata org jepun kita berbual pd topik yg sama.

    Ungku Nor>>> agree dgn akak.

    warispengiran>>> seronok makan ramai2 ni.

    asuhara>>>> kesan yg baik bukan?

    miezi>>> dah boleh baca kan?

    tentangseseorang>>> fuh falsafah ko ni superb bro!

    ciksepi>>> indah sedap cik sepi..

    iwan>>> bila u nak masak utk i?

    mern>>> makan berpada2. untuk rasa sahaja.

    aliff>>> sihat. utk keslmtn? utk kesihatan jua.. 🙂

    lone ranger>>> alhamdulillah

    Kaklong>>> baca pas buka kaklong

    snm>>> kita usaha jangan jemu ek. Allah janjikan penawar jika kita tak kenal putus asa. dilangit bulan sdg penuh.

    SangPelangi>>> belut pun sedap irpanggg…

  13. Rudy says:

    anjas>>> mana bolehhh kang meletop dlm kapalterbang wooooo…terus kena angkap. myahahaha

Comments are closed.