BERDOSA

“Kau tahu tak? Kau dah berdosa. Kau guna waktu kerja untuk buat blog!”, Dia.

Aku senyum sahaja.

“Setiap detik masa di pejabat itu untuk kau cari rezeki yang halal. Nak bagi makan anak bini. Kau sanggup ke nak suap nasi haram ke dalam perut anak bini?”, Tazkirahnya lagi. panjang.

“Sudah?”, Aku. Tanya pendek.

“OK, puas hati aku dapat luah perasaan kat kau hari ini.”, Dia. Jawab. Nadanya puas.

“Sekarang waktu kau es-em-es aku ini waktu kerja bukan? Tak ada kena mengena dengan rezeki engkau kan? Kau sudah berdosa jugalah kan?”, Aku.

“Alamakkkkkkk….”, Dia.

* Lain kali tanya dulu. Waktu aku menulis blog biasanya sebelah malam di rumah [Terima Kasih perkhidmatan Maxis Broadband]. Ketika suasana begitu hening. Ketika cengkerik dan katak bersahut-sahutan [Perumahan aku hampir dengan kawasan belukar]. Ketika Suri dan Sicilik sudah lena diulit mimpi. Kemudian, entri aku itu aku save di server blog. Blog ini akan generate entri tersebut secara automatik untuk paparan pada keesokan harinya. Selalunya jam 12 tengah malam atau 8 pagi keesokan harinya, sudah ada paparan baru. Begitulah teknologi!

Titik.

*Tips: Mahu ada blog sendiri? Percuma sahaja. Sila ke http://leoxa.com. Ia menggunakan enjin wordpress yang sangat mudah untuk dikendalikan.  

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

7 thoughts on “BERDOSA

  1. warispengiran says:

    Itulah, lain kali sebelum nak ‘check’ org lain, ‘check’ diri sendiri dulu. Kadang2, waktu pejabat ni tak sama mengikut profesion (mcm saya lah tue..eheh)…kan Rudy-san??

  2. Daddycute says:

    orang itu sgt dengki nampaknya…Akibat dengki dengan orang maka, terkenalah dia dengan bekas pendebat ini (mimpi debat)

  3. amien7 says:

    salam.

    memang betul, teknologi makin bergerak pantas. blog telah menjadi senjata terbaik meluahkan idea dan pemikiran.

    tahniah kepada saudara kerana hikayat blog saudara dipaparkan di akhbar baru2 ini…

Comments are closed.