‘THE POWER OF GIVING’

Bismillahirrahman nirrahim.

Program Memberi Kemudian Lupakan.

Pantas setahun meninggalkan kita, tahun ini sudah menjadi tahun kelima. Tetapi, saya fikir inilah niat kecil saya saban tahun yang membayangkan kegembiraan anak-anak dari keluarga miskin dan anak-anak yatim yang dapat berlebaran dengan pakaian baru. Mungkin kalian ada yang lupa; tentang PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN pada tahun 2012 lalu (http://www.bluehikari.com/nikki/2012/07/21/program-memberi-kemudian-lupakan-versi-4-0/), tahun 2011 (http://www.bluehikari.com/nikki/2011/08/06/program-memberi-kemudian-lupakan-1432-hijrah/), tahun sebelum itu (http://www.bluehikari.com/nikki/2010/08/09/program-memberi-kemudian-lupakan/) dan yang sebelum itu (http://www.bluehikari.com/nikki/2009/09/12/seruan-amal-ramadan/).

Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan Ramadhan 1434 Hijrah pada tahun ini. Seperti mana tahun-tahun sudah, saya berniat untuk meneruskan program ini dengan bantuan Cikgu Shahidan Shuib @ Said (https://www.facebook.com/shahidan.shuib). Sumbangan berbentuk kewangan amat didambakan daripada kalian untuk anak-anak yatim dan miskin ini yang bersekolah di SK Batu Masjid (Kod Sekolah ABA0017), Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman di Perak), tempat di mana Cikgu Shahidan mengajar pada ketika ini.

Untuk makluman kalian, sumbangan ini sebahagiannya akan diberi kepada anak-anak ini untuk berhari raya. Manakala sebahagian lagi akan disimpan oleh Cikgu Shahidan untuk diberi pada penghujung tahun 2012 sebagai persedian anak-anak ini memulakan sesi persekolahan baru tahun 2013.

Bagi sahabat yang berminat menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun berikut;

Bank: CIMB
No Akaun: 08060001621208
Nama: Shahidan Shuib

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel jimiwiser(at)yahoo(dot)com.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.