Aku ke Hospital Serdang atas sedikit urusan semalam. Kalut agaknya kerana seharian itu aku terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Hinggalah aku terperasan yang N95 aku sudah tiada dalam genggaman tangan. Tangan menjadi sejuk. Serasa ais sudah membekukan diri. Kalau hilang habislah. Bukan kerana N95 itu, tetapi kerana nombor-nombor penting dan maklumat yang tersimpan…
Month: June 2009
P.RAMLEE DAN DIA
Mei 2008. Dalam perjalanan pulang dari jeti Merang ke Bandar Kuala Terengganu menaiki sebuah van pesiaran milik pengusaha salah satu resort di Pulau Redang. Kami dibawa oleh seorang pemandu yang sudah agak berusia tetapi masih kuat dan sihat. Dalam van itu hanya aku berdua dengan seorang sahabat. Sepanjang perjalanan itu, kami hanya membatukan diri. Aku…
H & N SATU SATU
Gundah dan gawat. Begitulah rasanya, sejurus diberitahu seorang sahabat yang dia dalam kalangan orang perantara terus bagi kes keempat belas H1N1. Dia bertugas pagi 13 Jun itu menerusi penerbangan MH385 dari Hong Kong ke Kota Kinabalu. Aku pula sejak dua tiga hari itu tidak pula membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan H1N1 di Malaysia. Segala-galanya…