March 4th, 2010

NGOMEL KHAMIS

Posted in bebas by Rudy

Terkadang kerana emosi, kita lupa segala kebaikan mereka yang telah banyak memberi. Hanya meladeni nafsu melihat satu keburukan yang belum tentu benar sebenarnya. Akhirnya tindakan spontan itu melukakan sesama sendiri.

Adakah kemanusiaan yang diberi akal oleh Tuhan, begitu mudah untuk menerima bujukan syaitan? Lupa agaknya sesuap nasi yang dia beri. Lupa agaknya mobilmu itu perlukan petrol untuk bergerak. Semuanya datang dari kantung dia yang emangnya mudah kau pinta dari bibirmu, tanpa perlu kau memerah keringat.

Mudah sekali kau lupa seribu kebaikannya. Mudah sekali kau benci dia tanpa kau selidiki kebenarannya.

Tsuru, kau dewasakan dia. Tentang hidup. Tentang kemanusiaan.

* Tsuru - bangau

March 3rd, 2010

SEMOGA KAU LEKAS DEWASA

Posted in bebas by Rudy

Kematangan hanya hadir apabila kita melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan demi kesilapan dilakukan, tanpa  mahu cuba memperbaikinya adalah amat menyedihkan.

Wahai sahabat umurmu sudah hampir tiga puluh, semoga kau lekas-lekas dewasa.

February 28th, 2010

EL

Posted in bebas by Rudy

El-nino dan El-nina. Datang ia. membawa kering atau basah. Kemarau atau bah. Tragedinya bersulam derita payah.

Tuhan, kau andalkan kekuatan kepada ummah.