BLUEHIKARI

RAMLY BURGER
Aku tahu ia fitnah. Tetapi,  setidak-tidaknya ia memberi kesan kepada pengguna seperti aku. Tidak banyak, mesti pasti ada sedikit.

Ceritanya, ketika aku ke Tesco di KL untuk membeli stok barang makanan untuk dibawa pulang ke Jakarta, aku teringin beli daging burger mentah.

Aku sudah masukkan sebungkus daging burger jenama Ramly ke dalam bakul. Sebelum aku terganggu dengan khabar DNA babi yang wujud di dalam ramuan pembuatan burger tersebut yang masuk ke kantung e-mel beberapa minggu lalu.

Akibatnya aku letak kembali daging burger Ramly dan menukar dengan produk pesaingnya.

Nah! Dalam dunia perniagaan, persaingan secara kotor ini lumrah. Sebagai pengguna muslim yang halal itulah kita utamakan. Moga penjelasan pengusaha terbabit malam ini di Buletin Utama akan mengungkap khabar fitnah ini.

INSYIRAH
Twitter N: Still disappointed…why you give me no options in life..

Twitter Aku balas: Hayati surah Al-insyarah Ayat 1-8. Terutamanya Ayat 5 dan 6. Dua kali Allah tegaskan. Moga bahagia N.

Twitter N: Alhamdulillah, saya seperti baru tersedar setelah terhantuk dinding. Terima Kasih.

SIBOLANGIT MEMINTA NYAWA
Ahad sekitar jam 8 malam dapat BBM, seorang pelajar Malaysia mati lemas di Air Terjun Telaga Dua Warna Sibolangit, Brastagi Medan. Pelajar berbangsa India ini diduga tewas kerana ditarik arus pusar di dasar air terjun yang jatuh dari paras yang agak tinggi.

Isnin pagi segera bergegas ke Medan dan membantu menguruskan jenazah beliau dibawa pulang ke KLIA dengan bantuan Konsul Jeneral Malaysia di Medan. Ini kes kematian pelajar ke 5 yang aku urus sepanjang bertugas di Indonesia.

Moga-moga tiada lagi kes kematian seperti ini lagi. Sewaktu musim tengkujuh ini, jauhilah pantai dan sungai. Nasihat yang sering aku beri kepada mahasiswa. Tetapi, entah mengapa nasihat itu bagai hilang dibawa deru bayu.

GEMPA ACEH
Gempa. Bercempera makhluk berlari selamat diri ke bumi tinggi. Tujuh perpuluhan satu yang dahsyat. Aceh diduga Tuhan, tetap utuh ia berdiri hebat.

TAMAT
Waktu untuk bebas sudah tamat.

RAJUK PUJUK
Sayamasihmerajuk.

Silalahpujuk.

INDAHNYA BERBAGI CINTA
Sebulan yang lalu, aku mendapat panggilan telefon dari seorang ibu tua. Ibu ini datang libur di Jakarta bersama rombongan teman-temannya dari Malaysia. Entah musibah apa yang melanda, dokumen perjalanannya hilang.

Seusai telefonnya, aku mendapat mesej daripada mantan boss yang meminta bantuan yang sama. Mungkin melalui networking sesama mereka. Aku fikir ia mudah diselesaikan kerana seringkali masalah kehilangan passport di Jakarta ini terjadi kepada para wisatawan Malaysia yang terkadang alpa tidak sedar tas tangan mereka tercicir atau dicuri ketika fokus berbelanja di Tanah Abang atau Mangga Dua.

Nah! Ibu tua ini berstatus PR Malaysia. Dokumen yang hilang itu bukannya passport. Tetapi Dokumen Perjalanan Khas PR (seperti passport). Ibu ini datang ke  pejabat aku ditemani agen pelancongan yang membantunya. Dengan air mata berhamburan. Dia merayu-rayu mahu pulang ke Malaysia. Sementalah teman serombongan sudah berangkat pulang ke Malaysia pagi itu. Dia terpaksa tinggal di Jakarta sehingga masalahnya selesai.

Walaupun ini bukan tugas aku. Tetapi, kerana amanah yang diberikan oleh mantan boss, aku cuba membantu. Aku selidik latar belakang ibu ini. Umurnya sudah mencecah 70 tahun. Masih sihat. Dia yang berbangsa Tionghua lahir di Indonesia. Ketika umurnya 5 tahun berhijrah ke Malaysia. Fasih berbahasa Malaysia dan tiada tanda-tanda dia punya dialek Indonesia lagi. Ketika diselidiki dokumennya di Kementerian berkaitan di Indonesia, tiada data beliau dijumpai. Memang sah, zaman itu belum ada proses registrasi penduduk di Indonesia. Menurut sahabat sepegawai, tiada apa yang boleh dibuat. Ibu ini harus mendapatkan juga dokumennya di Indonesia sebelum boleh diproses untuk pulang ke Malaysia. Semua orang tabu masalah birokrasi di Indonesia ini bakal meluluhkan harapan ibu ini mahu pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor.

Oh! Jadinya sepertinya ibu ini akan menjadi mangsa keadaan. Menjadi Persona Non Grata! Aku cuba bantu menelefon ke JPN Putrajaya bagi mendapatkan nasihat dan pandangan pegawai. Kemudian setelah mendapat komfirmasi yang ibu ini pemegang kad pengenalan merah, maka ia boleh diselesaikan. Alhamdulillah, aku kemudiannya menelefon seorang sahabat di Imigresen Putrajaya. Mendapatkan nasihat dan pandangan beliau sebelum akhirnya aku menemui solusi. Bingo!

Dipendekkan cerita, siang tadi aku mendapat telefon dari ibu tua ini. Dia sudah selamat kembali dan berada bersama pangkuan keluarganya. Beliau selamat pulang dengan pesawat AirAsia dijemput oleh anaknya di Jakarta. Terima Kasih katanya dengan  pelat Hokkien yang pekat. Katanya; biarpun saya bukan dianggap warganegara, saya tetap mahu mati di Malaysia tempat saya tumpahkan taat setia.

Aku tersenyum. Betapa indahnya dapat berbagi cinta.

masehi dua ribu dua belas
Sudah tiga Januari masehi yang ke dua ribu dua belas. Dua ribu sebelas sudah lepas. Penuh pelangi warna hidup di Jakarta. Hati berkata-kata, cukupkah bekal untuk di bawa ke sana?

AKHIR TAHUN
Sudah mahu habis tahun. Jika dikira entri-entri di sini semakin menipis seiring dengan kesibukan kerja.

SELAMAT JALAN ADRIAN ll
Tiga minggu terdahulu, aku berada di Kota ini menguruskan jenazah pelajar Malaysia yang mati dibunuh. Hanya kerana sebuah motorsikal miliknya yang hampir dicuri perompak tak berhati perut, ia berakhir dengan tragedi. Tetakan di belakang tengkuk kanan menghilangkan nyawanya serta merta.

Belumpun selesai kes tersebut, masih lagi tersisa kepenatan dan perkabungan masih menyelubungi rasa mahasiswa Malaysia di Kota ini, aku dikejutkan lagi dengan kes kematian mahasiswa Malaysia di Kota yang sama, kali ini kerana sakit. Seusai bermain futsal beliau mengalami kekejangan sebelum rebah. Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Aku benar-benar diamuk gelisah. Apakah yang mahu Tuhan tunjukkan ini?

Bukan mudah menguruskan hal-hal kematian di negara orang. Perlu berurusan dengan Polis, Hospital, Imigresen, pihak Universiti dan keluarga mahasiswa. Perkara paling berat ialah memberitahu keluarganya. Itu belum lagi ditambah dengan hal-hal lain dengan pihak Kedutaan, Wisma Putra KL dan Kementerian Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur. Urusan dengan syarikat pengurusan jenazah dan pesawat yang akan membawa pulang ke Malaysia juga harus dibuat serentak sebelum hari ketiga menjengah amat melelahkan. Sementelah aku hanya seorang diri yang menguruskannya dengan bantuan persatuan mahasiswa Malaysia di Kota ini.

Kami memutuskan untuk menguruskan sendiri jasad mereka. Kerana biaya akan menjadi mahal kalau diserahkan sepenuhnya kepada syarikat yang menguruskan jenazah. Sudahnya, mahasiswa Malaysia dan aku sendiri membersihkan jasad, kemudian mengeluarkan darah dari badan agar mudah untuk menyuntik formalin (untuk mengawet jenazah supaya tidak busuk ketika dibawa pulang menaiki pesawat) ke dalam jasad dan akhirnya kami pakaikan dengan  pakaian terakhir mereka sebelum di bawa ke syarikat pengurusan jenazah yang akan menguruskan jenazah itu masuk ke dalam keranda dan berurusan dengan pihak kargo untuk diterbangkan balik ke Kuala Lumpur. Kami bernasib baik kerana mahasiswa Malaysia mengambil bidang perubatan yang dengan itu memudahkan kami mengurus jenazah berkenaan di ruang forensik hospital tempat mereka melakukan praktik klinikal. Seingat aku, sudah 2 kali aku menguruskan jenazah beragama kristian dan sekali beragama Hindu dalam masa 2 tahun aku bertugas di sini.

Walaupun berbeza agama, kami lakukan dengan semangat yang satu. Mahu memberi yang terbaik buat kali terakhir. Bermula dengan  semua itu kami lakukan dengan tangan sendiri. Perasaan hiba dan air mata bercampur baur ketika kami menguruskan jenazah mereka di atas pembaringan di bilik forensik Hospital Saiful Anwar Malang.

Aku alah sekali dengan air mata ibu pelajar berkenaan. Tangisan mereka sejak tiba sampailah larut malam membuatkan aku rasa sangat hiba. Bimbang sekali kerana tika dipujuk menjamah makan dan minum ditolak kerana tidak lapar katanya. Tak sanggup rasanya mendengar tangisan seorang ibu. Apatahlagi merekalah anak-anak harapan keluarga yang diinginkan untuk mengubah nasib keluarga.

Ketika mengucapkan kata-kata perpisahan dengan ibunya, aku bisikkan kepada mereka; Tuhan mengkehendaki apa yang Dia mahukan. Sesuai dengan rencana dan takdirnya, wahai ibu tabah dan terimalah seadanya. Lepaskan Adrian pergi. Kelak nanti Tuhan rahmati ibu yang membesarkan mereka dengan penuh kasih-sayang. Dengan airmata ibu tumpah, aku dipeluk eratnya. Terima kasih katanya.

Senang sekali dapat berbakti kepada mereka. Rasa puas dengan memberi sebanyak-banyaknya, kemudian dengan segera melupakannya.