Archive for the bebas category

September 2nd, 2010

PERBUALAN

Posted in bebas by Rudy

Rasa sangat gembira melihat perkembangan bahasa dan ilmu 3M sicilik walaupun usianya baru 5 tahun. Kemahiran komputernya memang tidak boleh aku nafikan. Malah, terkadang dia lebih tahu menggunakan shorcut di papan keyboard komputer atau menggunakan jemarinya untuk menggerakkan cursor tanpa mouse. Satu perkara yang aku alah sampai sekarang.

Sejak kami berjauhan, sementalah suri berpantang di kampung, dia sudah berani bermesej via wai em dengan aku. Dalam perbualan kami tadi aku dapat kesan hanya 3 kesalahan ejaan sicilik. Ikuti perbualan ringkas aku dan sicilik sebentar tadi.

Anak: papa makan
Bapa: tak boleh sayang
Bapa: eyo buat apa?
Anak: papa makan nasi ayam
Bapa: hahahahaha
Bapa: papa puasa lah
Anak: makan jugak
Bapa: tak boleh
Anak: papa busuplah (busuklah)
Bapa: kamu pun busuk juga
Anak: adik minum susu
Bapa: eyo tak nak minum susu mama ke?
Anak: eyo tak nak minum susu
Bapa: kenapa eyo tak nak minum susu
Anak: eyo puasa papa tak puasa
Bapa: eyo yang tak puasa, cakap kata pulak
Anak: papa cakap iah (salah)
Anak: eyo nak tido papa tido
Bapa: ok eyo tidor tau mimpi papa
Anak: bye papa jumpa lagi
Bapa: bye eyo…rindu eyo… kiss!
Anak: miss you papa
Bapa: miss you eyo~
Anak: nanti! eyo…rindu papa sangat…kiss
Bapa: muaaahhhhh~
Anak: papa eyo nak tido papa iyo ucapkan selamat hari raya (ini mesti cikgu dia ajar buat kad raya ni)
Anak: bye papa
Bapa: bye eyo

++++++

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua dermawan yang menjayakan Program Memberilah Kemudian Lupakan. Sebanyak RM1,800.00 telah berjaya dikumpulkan dari 10 orang dermawan.
Sebanyak RM1,300 saya serahkan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di Sekolah Kebangsaan Batu Masjid, Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman) melalui Cikgu Jimi untuk digunakan sebagai persediaan hari raya mereka dan sebahagiannya lagi digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah mereka pada awal tahun hadapan. Juga saya mohon kebenaran dari 10 dermawan ini untuk menggunakan sedikit wang berkenaan untuk jamuan hari raya mereka yang diadakan di sekolah berkenaan.

Sementara RM500 lagi saya telah serahkan kepada Panti Asuhan TK Aisyah, Grogol Jakarta. Mahasiswa Malaysia di Jakarta dan pihak saya telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin ini di pusat asuhan berkenaan dan RM500 berkenaan telah diserahkan kepada pengetua pusat berkenaan untuk belanja mengurus anak-anak yatim dan fakir miskin tersebut.

Jazakallah! Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian bersepuluh.

August 21st, 2010

BERTIGA KE BEREMPAT

Posted in bebas by Rudy

ayumi

Alhamdulillah. Dari bertiga kini berempat. Maha suci Allah yang mengurniakan Ayumi kepada kami sekeluarga. Puteri penyeri rumahtangga. Lahir pada 19 Ogos 2010 jam 8.42 pagi di HUSM dengan 2.2 kilogram beratnya.

Sumbangan untuk Program “Memberilah Kemudian Lupakan” setakat 17 Ogos 2010 ialah sebanyak RM1250.00. Terima Kasih kepada para dermawan. Jazakallah.

August 17th, 2010

INSIDEN

Posted in bebas by Rudy

Semalam ada demonstrasi oleh kumpulan rakyat Indonesia yang menggelarkan diri mereka Tentera Merah Putih. Penuh pintu masuk utama Kedutaan dengan kumpulan ini. Jalan yang menempatkan kantor kami dipenuhi manusia-manusia ini, akibatnya kesesakan lalulintas yang teruk berlaku.

Pihak Polis RI berkubu di pagar Kedutaan. Tetapi, ada beberapa kumpulan ini dapat memanjat pagar kedutaan dan naik ke bumbung Pondok Keselamatan. Mereka mencacakkan bendera Indonesia di atas bumbung Pondok Keselamatan.

Mereka melaung-laungkan perkataan yang mengguris perasaan. Usir, ganyang dan pelbagai perkataan tidak enak didengar keluar dari mulut mereka ini. Malah azan Asar yang berkumandang di Masjid kedutaan pun tidak diendahkan. Sepertinya mereka tidak mengendahkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia.

Isunya insiden 7 nelayan Malaysia yang didakwa mencuri ikan di perairan RI di Batam. Dan pada masa yang sama pihak Polis Malaysia menahan 3 pegawai kementerian Perikanan dan Kelautan RI yang bertugas menahan 7 nelayan terbabit kerana mereka juga didakwa berada di perairan Malaysia pada ketika itu. Isu pertindihan sempadan maritim ini memang senantiasa menjadi momokan dalam hubungan dua hala negara. Malah, media Indonesia yang memainkan peranan dengan berita yang berat sebelah juga menambah buruk keadaan.

Lewat petang baru dapat keluar dari kedutaan pulang ke rumah. Itupun terpaksa melalui kawalan ketat keselamatan dan keluar mengikut pintu khas.

Aku harap dengan kebijaksanaan pemimpin kedua-dua buah negara, perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Moga hubungan kedua-dua negara dapat dieratkan kembali, mengambil semangat bulan Ramadhan yang mulia dan sempena Hari Ulangtahun Republik Indonesia ke 65, hari ini.

Sumbangan untuk Program “Memberilah Kemudian Lupakan” setakat 17 Ogos 2010 ialah sebanyak RM950.00. Terima Kasih kepada para dermawan. Jazakallah.