PERAK
Padat kalis padi di bendang
Mara perosak kayu disua
Adat ditulis menjadi undang
Bendahara Perak Melayu jua.
Padat kalis padi di bendang
Mara perosak kayu disua
Adat ditulis menjadi undang
Bendahara Perak Melayu jua.
Embun belum mahu bertebaran
Meski dinihari hampir memuncakÂ
Akhir hari disember tiga puluh satu
amat hangat terbakar.
Tengkujuh tamatkah
Bah surutkah
Kemarau menjelmakah
Atau terganti dengan bumi bergempa
pada tiga perpuluhan lima skala ritcher
nun di bukit yang tinggi
Pahang bukan Sumatera!
Apalagi agaknya tahun baru nanti
merapi meletuskah
memadamkan bait-bait fakta
di Buku Geografi sekolah.Dua ribu lapan hadir
Kedut usia bumi menjadi-jadi
sedangkan sorak sorai
sang alpa aku
masih gempita
tanpa mahu memikirkan
betapa pinggirnya Tuhan
daripada setiap abdiNya!
Rudy Bluehikari
31 Disember 2007
Ada ngilu merambat perasaan.
Sukarnya menerima apa yang ditakdirkan.
Wahai hati terimalah seadanya.
Takdir yang Dia tentukan.
Apalah ada pada kebahagiaan dunia sedangkan
Aku memerlukan bahagia yang jauh abadi
di laman Sana nanti.
Wahai kesedihan pergilah menjauh daripadaku.
Ya Rabb, bantulah aku.Â
* Nur Qistina Hayani needs your help to ensure a more brighter future ahead. She is suffering from Hepatoblastoma – a type of Liver cancer. Please donate for her.