February 22nd, 2008
…aku akan cari kamu
saat bila rindu bertamu…Kata sahabat aku ini. Aku diam. Mengangguk tanpa bicara.
Kata sahabat aku . Aku diam. Mengangguk tanpa bicara.Lagi. Berkelana.
Tanjung Tuan airnya bersih
Tempat mandi puteri bertiga
Jaga kelakuan jangan tersisih
Jasa dan budi menunjang warga.
* Selamat Pengantin Baru Attokz (pengapit aku semasa aku menjadi raja sehari dahulu). Maaf, tidak dapat hadir kerana bertugas di luar kawasan. Lagi!
February 14th, 2008
Melaka. Air Keroh d’Village Resort.
Beri taklimat kepada guru-guru pembimbing mengenai peranan mereka dalam membimbing bakal-bakal guru dalam latihan praktikal mengajar di sekolah.
Bismillah!
January 13th, 2008
Fiksyen.Â
Malam. Di kota tanpa istilah beradu. Bayu dingin menusuk hingga ke tulang hitam.
Motorsikal antara kenderaan rasmi rakyat jelata negara ini. malah, kerajaan mereka memberikan lesen khas kepada rakyat bermotorsikal ini untuk memberikan perkhidmatan sewa bonceng. Mahu ke mana sahaja di sekitar bandar, kalian hanya perlu tahan sahaja mana-mana motor dengan pembawa yang memakai vest pelbagai warna dengan nombor khas tertera di vest.
Aku tahan 2 motor mahu pergi menikmati angin malam. Aku bersama kawan aku malam itu. Ingatkan kami akan naik dua motor. Tetapi 3 orang satu motor! Sudahlah begitu tidak pakai topi kaledar pula! (Topi kaledar di sini tidak wajib dipakai. ) Adoi! Satu Perkara yang tidak mungkin boleh berlaku di tengah bandar di Kota Lumpur. Pasti Polis kejar engkau. Aku duduk di tengah-tengah dan kawan aku di belakang. 3 manusia dengan sebuah motor meluncur laju menyongsong angin Kota yang tidak pernah mengenal makna beradu ini.
Paling aku tidak suka apabila si pembawa motor suka brek-brek dan mencelah-celah di antara kenderaan. kaki aku panjang dan aku tidak boleh letak kaki di atas pemijak kaki dek kawan aku dah rebut awal-awal. Kaki aku asyik terlanggar pintu kereta.Sakit!
Kalau motorsikal ini wanita yang bawa kan bagus! Memang adapun! Aku nampak ramai juga. Pemboncengnya lelaki. Mesti kalau brek-brek seronok. Aku sudah terfikir nakal. tetapi aku tidak berani. Nanti suri cubit peha aku. Hahahahaha!