May 19th, 2008

* kredit foto wunderground.comÂ
Renyai hujan dan pancaran matahari rembang petang melahirkan sang pelangi. Rantau Abang menyambut aku petang itu dengan moment indah. Betapa cantiknya suasana petang itu. Dengan pelangi yang seakan muncul dari garis pemisah laut dan langit.
Tetapi aku tidak berniat untuk berhenti untuk merakamkan keindahan itu, kerana mahu cepat sampai di Kota Darul Iman. Hanya berharap tika pulang nanti akan ada moment itu kembali. Benarlah, moment seperti itu hanya sekali sahaja berlaku dalam hidup. Ia tidak akan berlaku lagi.
Dan akulah manusia yang menyesal kerana kebodohan sendiri!
May 10th, 2008
Â
Mei yang penuh diari. Ya, berkelana lagi.
Minggu lalu di Darul Iman. Minggu ini sekali lagi di Darul Iman. Ada kerja yang perlu dilunaskan. Maha suci Allah yang menetapkan rezeki untuk hambaNya. Moga dipermudahkan.
Batu rakit tepian pantai
Laut tenang biru warnanya
Hati sakit perlukan santai
Usah dikenang buruk padahnya.
* Oh ya, aku belum usai baca Gangguan Teksual. Tetapi setakat ini entri sahabat aku Ayobkelubi tentang mimpi menjadi kambingnya itu, buat aku ketawa sorang-sorang sampai suri kata aku gila. Ha! Ha! Ha! Tetapi, entri aku semuanya jiwa-jiwa. Melankolik. Silap-silap boleh banjir kilat; kata seorang pembeli GT menerusi sms lewat petang semalam. Betulkah?
April 1st, 2008

Sudah April rupanya. Cepat benar masa berlalu. April 2008 genap tujuh tahun aku kembali ke Kota Lumpur dari berkelana ilmu di Fukushima.

April bagi Jepun ialah permulaan bagi tahun baru bagi kebanyakan perkara; persekolahan, universiti, rekod kewangan dan sebagainya. April juga musim bunga. Sakura yang sangat sinonim dengan bumi Shinto itu sedang mankai (mekar) di kebanyakan tempat di sana. Teringat kembali zaman mengaji di Fukushima dahulu, pastinya Pesta Hanami (berkelah di bawah pohon sakura yang sedang berkembang) menjadi aktiviti wajib bagi seluruh warga Jepun. Menjadi ikutan kami juga. Terasa segar sekali dengan bayu dingin yang masih tersisa dari tinggalan musim dingin yang baru lalu.

Berkelana di Melaka tempohari aku terkesan dengan deretan pohon angsana (mungkin?) yang dilitupi pokok bunga kertas ini. Pokok bunga kertas ini dibiarkan hidup memanjati pohon angsana tersebut (parasit?).

Indah sekali kerana panas dan terik mentari yang menyelubungi Malaysia ketika ini menjadikan flora di seluruh Malaysia galak menghasilkan proses fotosintesis tanpa gangguan. Cahaya matahari diserap tanpa had. Hasilnya bunga berkembang mekar merona warnanya menjadi santapan mata. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan!

Manakala petangnya hujan mencurah turun memberikan sumber minuman kepada sang flora yang melengkapkan kitaran kehidupannya itu.Â

Aku dengar harga barang mentah; minyak masak, tepung dan lain-lain akan naik mulai April ini di seluruh Jepun. Bagi kelompok pelajar Malaysia yang mengharapkan duit poket dari hasil cukai yang dibayar rakyat Malaysia, pastinya terbeban dengan perkara ini. Aku doakan mereka mula berjimat, berjimat dan berjimat. Jikang ga areba arubaito wo shite kudasai (Kalau ada masa, buatlah kerja sambilan). Untuk menampung hidup. Tetapi jangan sampai melupakan tujuan utama untuk mengaji di sana.
Ne Kencihi, ogenki desuka? Sugoku kimi no koto wo kanggaeteiru. Koishi kamo ne.
* Cuba teka di mana lokasi gambar ini diambil?