September 7th, 2010
Awan sangat pilu. Ia menangis deras menggenangi Megapolitan Jakarta.
Di mana sang matahari? 28 Ramadhan ini.
* Belasungkawa buat Allahyarham Engku Aris, 17. Anakanda tersayang Kekanda Yahurin yang kembali kerahmatullah awal pagi tadi dalam kecelakaan jalan raya. Moga rohnya dicucuri rahmat Sang Maha Segala.
August 29th, 2010
Ketika beratur mengambil makanan di majlis berbuka puasa meraikan perpisahan Timbalan Perwakilan (Timbalan Duta) Malaysia yang akan bertugas di Kuala Lumpur semula, di hotel Shangrila minggu lalu, TYT Datuk Duta Besar Malaysia berseloroh dengan aku.
“Tahniah, kelahiran anak kedua. Perempuan ya. Senanglah nak ingat tarikh ulang tahun anak”, TYT.
“Terima Kasih Dato’. Tapi kenapa senang nak ingat?”, Aku.
“Senang nak ingat sebab tengah kemuncak isu Malaysia-Indonesia sekarang ini. Terutamanya insiden baling najis. “, TYT ketawa.
Aku dan semua diplomat kedutaan yang bersama-sama beratur mengambil makanan ketawa besar.

Sumbangan untuk Program “Memberilah Kemudian Lupakan” setakat 17 Ogos 2010 ialah sebanyak RM1750.00. Terima Kasih kepada para dermawan. Jazakallah.
June 3rd, 2010

foto ihsan http://koki-post.blogspot.com/
Hujan turun maha lebat. Teksi amat sukar sekali untuk dinaiki. Malah supir-supir teksi segera melarikan diri. Kerna, hujan bagi mereka adalah azab. Macet yang maha di jalanan, memungkin kaki mereka sakit menahan henyak pedal clutch dan minyak.
Menahan teksi dalam hujan memang sukar. Mujur ada anak-anak gelandangan tanpa capal dan baju compang camping, berlarian menduyuni manusia seperti kami yang membutuhkan teduhan. Mereka menawarkan payung. Mengunjuk sambil meminta belas. Ambillah payung ini jadi teduhan kalian di tepi jalan, sambil menanti teksi berhenti di hadapan. Kemudian, kepingan perak atau not kusam putih biru bertukar tangan jadi imbalan servis penting. Sebelum dikembalikan semula payung itu ke tangan si camping.
Merekalah anak-anak bergelar ojek payung. Payung disewakan, sementara mereka basah menanti, sehingga payung itu dikembalikan. Timbalnya dua keping duit perak. Atau sekeping not satu ribu. Buat beli makan hari itu.