Archive for the 2 jam sebelum sultan alauddin syahid diracun category

August 24th, 2008

TIDAK PENTING

Kalau kita tidak penting. Benarlah kita ini hanya melukut di tepi gantang. Biarlah kita menarik diri. Entah entah kita ini hanyalah sipinggir untuk memenuhkan kolek. Berat sedikit, kitalah ini yang paling layak dicampak ke sungai.

Sungguh kita terasa hati. Tidur malam termimpi-mimpi.

Hanya pak pacaklah kita ini.

+++

Aku membaca matanya. Aku dapat lihat cemburu memanah sukma. Tetapi, alangkah baiknya andai kau dapat membaca telus tulus hatiku.

August 21st, 2008

KELAPA TUA

Sesekali menulis haiku apa salahnya.

* haiku – sejenis puisi Jepun. Mempunyai 3 baris dengan suku kata 5-7-5 pada tiap barisnya.

+++ 

“Semua tunggul kayu paling bangang!”, Pengarah. Usai latihan teater malam tadi.

Nak kata aku tak masuk dalam vakum, aku “rasa” diri sudah menjadi watak yang dilakoni. Betul-betul merasai hingga sakit badan dilontar Robany ke lantai aku tak rasa. Adakah meta naratif telah menjadikan semua ini mengubah mood pengarah?

“Hanya Allah yang maha mengetahui…”, Robany. Seraya mengajuk dialog yang sama terdapat dalam skrip.

+++

Pementasan ‘Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun‘, di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 25-29 Ogos 2008, 8.15 malam. Tiket boleh ditempah mulai sekarang melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH 0179747331, HAMZAH 0172052409 atau SAIFUL DIWAN 0175531002.Â